Haru Biru - ALPHA & Daiyan Trisha
Gerakan baru Pop bernadi baik lewat kehadiran grup Pop ALPHA yang menghasilkan sesuatu yang cukup current dan menawan. Kolaborasi bersama Daiyan Trisha menerusi single "Haru Biru" menciptakan satu momen manis muzik tempatan sebagai sebuah kolaborasi yang cukup menarik untuk didengari.
Berubah - Kaka Azraff
Lama tidak menghasilkan karya terbaru, Kaka Azraff kembali dengan naskhah meruntun emosi menerusi single 'Berubah'. Lagu yang diciptakan bersama Budakbro (Yonnyboii) ini memberi satu dimensi baru muzik Kaka yang sinonim dengan lagu-lagu Pop EDM. Kali ini tampil berbeza seiring kedewasaannya bermuzik.
Cerita Kita - Khodi
Bakat muda Pop Jazz tempatan, Khodi kembali dengan groove baru lewat single terbarunya 'Cerita Kita'. Komposisi Khodi bersama Suffren Ghafar ini menyuntik elemen Synth dan City Pop yang penuh dengan elemen nostalgia. Fun and witty!
Sang Penikam - Noh Salleh & Aina Abdul
Kolaborasi pentas di konsert Noh Salleh yang lalu membawa ilhamnya ke dapur rakaman. "Sang Penikam" versi baru yang menampilkan penampilan Aina Abdul ini lebih beremosi. Disusun kembali muziknya dengan sentuhan yang lebih kekinian dan bersesuaian sifatnya sebagai naskhah duet.
Pulang - Wani Kayrie
Semakin selesa dengan jaluran Irama Tradisi, Wani Kayrie mengemudi pasaran muziknya dengan persembahan 'Pulang' sebagai kelangsungan kejayaan lagu 'Cak Cak Cekuk'. Lagu yang dicipta Wani bersama Iqie Hugh dan Aniq Iffat ini terhasil lembut dalam pesona lenggok Melayu yang menyenangkan.
Rumah - NAKI
Bakt baru yang semakin mencuri perhatian dengan karya-karya Pop tersendirinya hadir dengan persembahan serba segar lewat penciptaan 'Rumah'. NAKI bereksperimentasi dengan sound yang berbeza namun masih kekal dengan melodi yang menjerat pendengaran seperti 'Masa' dan 'Tatapan Nona'.

