
Ratu Pop seberang, Rossa kembali dengan persembahan muzik terbarunya menerusi sebuah EP berjudul "Asmara Dansa". EP yang memawakan rakaman semula tiga lagu era terdahulu yang diberi nafas baru ini menjadikan ia sebagai babak baru perjalanan bermuzik Rossa.
Tiga lagu yang dirakam semula adalah "Serasa", "Juwita" dan "Asmara Dansa" yang mendapat sentuhan produksi muzik Dipha Barus yang cukup dikenali dengan rakaman lagu-lagu EDM di Indonesia. Dipha sebelum ini pernah bekerjasama dengan Bunga Citra Lestari, Titi DJ dan Adrian Khalif antaranya.
Menerusi akaun Instagram milikinya dia memberitahu "Aku gak rela kalo lagu-lagu indah yang pernah hits cuma berhenti di suatu masa aja. Lewat Asmara Dansa, aku pengen kita bisa rayain musik lintas generasi."
Rossa rakam Semula 'Sinaran'
Apa yang menjadikan EP ini lebih menarik adalah rakaman semula lagu popular, 'Sinaran' yang lebih awal dirakamkan Ratu Jazz tempatan, Sheila Majid. Menampilkan kemunculan rapper tempatan MK daripada grup K-Clique, lagu ini diberi nafas baru dengan kemasan muzik yang current.
Sepanjang bermuzik, Rossa sudah merakamkan lebih 10 album solo dengan deretan hits seperti "Tegar", "Atas Nama Cinta", "Pudar" sehingga hits era kini seperti "Lupakan Cinta", "Wanita".
Rossa bulan lalu juga baru sahaja membawa pulang trofi Anugerah Industri Muzik menerusi kategori - Lagu Bahasa Melayu Terbaik Artis Luar Negara menerusi lagu "Bertengkar Manis" duet bersama Barsena Besthandi.

