TROVE memperkenalkan FUGAZZI 'Pomegranoudh' secara rasmi di Malaysia menerusi sebuah pelancaran eksklusif yang meraikan seni wangian moden. Berasal dari Amsterdam, niche fragrance house FUGAZZI Fragrances membawa haruman baharunya kepada pencinta wangian tempatan dengan karakter yang unik. Menggabungkan kesegaran buah delima bersama kedalaman oudh, 'Pomegranoudh' menampilkan keseimbangan antara dua elemen yang berbeza. Haruman ini direka untuk bergerak dengan mudah daripada siang ke malam.

Interpretasi Moden Pomegranate dan Oudh

'Pomegranoudh' merupakan interpretasi terhadap dua ramuan ikonik dalam dunia wangian. Haruman ini mengetengahkan kontras antara sisi segar dan sisi lebih mendalam menerusi gabungan nota yang kompleks. Pada nota pembukaan, 'Pomegranoudh' menampilkan pomegranate, bergamot dan red fruits. Gabungan ini memberikan sentuhan pertama yang vibrant dan segar. Seterusnya, wangian ini berkembang kepada lapisan yang lebih berkarakter. Nota oudh wood dan patchoulimemberikan kedalaman yang lebih elegan pada haruman ini. Pada nota akhir, gabungan vanilla, amber dry dan musk meninggalkan jejak yang tahan lama, mencipta nota wangian yang sesuai dikenakan bermula siang hingga malam. Diasaskan oleh perfumer Bram Niessink, 'Pomegranoudh' menggambarkan pertemuan antara kawalan dan naluri. Ia mencerminkan sisi seseorang yang tenang, tetapi tetap mempunyai daya tarikan yang kuat.
FUGAZZI Membuat Kemunculan di Malaysia

Pelancaran ini menjadi satu lagi langkah penting buat FUGAZZI dalam memperluaskan dunia wangian niche kepada pencinta haruman di Malaysia. Melalui TROVE, jenama ini memperkenalkan pendekatan kreatifnya dalam menghasilkan wangian yang menggabungkan karakter dan penceritaan melalui setiap nota. Untuk meraikan kemunculan Pomegranoudh, TROVE turut bekerjasama bersama Lavantha KL bagi menghasilkan sebuah pengalaman berasaskan deria yang menterjemahkan elemen utama haruman tersebut ke dalam bentuk kreatif yang berbeza.
Meraikan Pelancaran 'Pomegranoudh'
Acara pelancaran eksklusif daripada TROVE menghimpunkan barisan media dan selebriti untuk mengenali lebih dekat inspirasi di sebalik Pomegranoudh. Para tetamu berpeluang meneroka haruman ini serta memahami proses kreatif di sebalik penghasilannya, sebelum menyaksikan keunikan elemen wangian tersebut diterjemahkan melalui pengalaman kolaborasi bersama Lavantha KL.


Malam tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan muzik daripada DJ Ashley Lau serta kehadiran personaliti seperti Jane Lau, Han Pin Ma, Angel Chai (DOLLA), Sam Wong dan Gaston Pong, meraikan pertemuan antara dunia wangian, kreativiti dan gaya hidup kontemporari.

