Langgan

Diari Editor: 5 Hari, 5 Gaya Bersama Pomelo.

Berikut lima penampilan Pomelo yang menemani saya sepanjang lima hari di Paris.
2 minit untuk membaca
Published: July 28, 2026

Paris sudah menjadi destinasi wajib buat saya setiap kali tibanya bulan Julai. Inilah masanya saya akan ke ibu kota Perancis untuk mesyuarat bersama pasukan antarabangsa ELLE, di samping menghadiri pertunjukan serta temu janji sempena Minggu Haute Couture bersama maison fesyen terkemuka. Bagi saya, inilah waktu paling indah untuk berada di kota ini. Musim panas menjadikan hari terasa lebih panjang, dengan matahari hanya mula terbenam sekitar jam 11 malam. Ya, gelombang haba yang melanda Paris kadangkala cukup mencabar, lebih-lebih lagi apabila perlu bergegas dari satu pertunjukan ke pertunjukan yang lain. Namun, berlatarbelakangkan bangunan-bangunan Haussmann yang ikonik, taman-taman yang menghijau dan seni bina yang begitu mempesonakan, segala kepayahan itu tidak lagi terasa begitu berat.

Mengemas beg untuk ke Paris juga sentiasa menjadi satu cabaran. Jadual yang padat memerlukan helaian yang bukan sahaja cukup kemas untuk menghadiri pertunjukan fesyen dan mesyuarat, tetapi juga cukup selesa untuk menemani langkah sepanjang hari. Kali ini, saya memilih beberapa helaian versatil daripada Pomelo. yang mudah digayakan, membawa saya dari mesyuarat pada waktu pagi hinggalah ke pertunjukan dan temu janji pada sebelah petang.

Inilah lima penampilan yang menemani saya sepanjang lima hari di Paris.

Day 1

Denim sememangnya tidak pernah mengecewakan, lebih-lebih lagi apabila potongannya cukup kemas. Saya memulakan minggu ini dengan gaun mini denim rona biru gelap yang berjaya mengimbangi gaya yang kemas dan santai. Perincian jahitan kontras memberikan sentuhan utilitarian moden, manakala siluet berstruktur memastikan penampilan kekal rapi sepanjang hari. Saya melengkapkan gaya ini dengan but kulit hitam paras lutut yang bukan sahaja memanjangkan siluet, malah menyuntik sedikit elemen ekuestrian yang cukup klasik.

Day 2

Cuaca panas di Paris membuatkan saya lebih cenderung memilih rona yang lembut serta fabrik yang ringan. Daripada memilih helaian yang terlalu menyerlah, saya menggayakan polo rajut rona kuning mentega bersama skirt midi rona beige. Gabungan ini terasa segar, ringkas dan malar segar, membuktikan bahawa palet warna yang lembut kadangkala mampu memberikan impak yang paling besar.

Day 3

Hari ketiga menyaksikan pertunjukan yang berlangsung outdoors, oleh itu set berjalur biru dan putih ini ternyata pilihan yang tepat. Saya mengenakan kemeja di atas tank top putih untuk menghasilkan efek lapisan yang ringan, dipadankan dengan skirt maxi sedondon yang memberi pergerakan indah setiap kali melangkah. 

Day 4

Saya sentiasa tertarik kepada gaya monokrom apabila mahukan penampilan yang ringkas tetapi tetap sofistikated. Vest yang berstruktur menyerlahkan bentuk pinggang, manakala siluet longgar pada seluar memberikan pergerakan dan keselesaan sepanjang hari. Garisan yang bersih, proporsi yang seimbang dan helaian yang cukup versatil untuk digayakan dari pertunjukan fesyen hinggalah ke makan malam selepas itu.

Day 5

Untuk hari terakhir di Paris, saya memadankan vest tweed rona putih untuk sentuhan sofistikated manakala seluar pinstripe coklat potongan longgar mengimbangi keseluruhan gaya agar tidak terlalu formal. Pemilihan rona coklat menggantikan hitam juga melembutkan keseluruhan penampilan, menjadikannya terasa lebih segar.

Pomelo Kini Dibuka di Sunway Pyramid dan Sunway Carnival Mall.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down