Langgan

Langkah Berirama Christian Louboutin Di Musim Dingin

Meraikan keberanian feminin dengan sentuhan maskuliniti halus. Setiap butiran rekaan berpadu menjadi pernyataan gaya untuk wanita moden yang sentiasa bergerak.
2 minit untuk membaca
Published: October 26, 2025
Christian Louboutin

Fesyen musim dingin sering dikaitkan dengan pemakaian berlapis, fabrik tebal seperti wool dan kashmir serta palet warna neutral atau gelap. Namun bagi Christian Louboutin, musim ini bukan sekadar soal perlindungan daripada cuaca dingin, ia adalah tentang pergerakan yang lebih berani dan yang lebih tersusun.

Setiap langkah ibarat koreografi yang menggabungkan kekuatan dan keanggunan. Koleksi musim dingin 2025 diraikan secara elegan dengan pelbagai sisi, memadukan keberanian feminin dengan sentuhan maskuliniti halus.

Christian Louboutin

Daripada but, but ankle, pumps, loafers hingga ke kasut bertali, setiap rekaan mempamerkan seni ketukangan Maison, contohnya tapak merah ikonik yang kekal menjadi signature Christian Louboutin. Selain tapak merah, renda sensual, kulit patina buatan tangan dan cetakan haiwan eksklusif merupakan tekstur yang ditonjolkan musim ini.

Ikon seperti Miss Z, Cassia, Chambeliss dan College kembali dengan nafas segar, manakala Astroskate dan St Louis mentakrifkan semula kod streetwear. Tidak ketinggalan, beg Baggy dan Funky dalam kulit lembut atau studs turut menambah karakter tersendiri.

Di antara keseluruhan koleksi, Cassia Lace Up menyerlah sebagai bintang utama. Ia merupakan interpretasi moden kasut pointe balerina yang menampilkan hujung segi empat, ikatan reben dan tumit yang melengkung sensual. Setiap perincian direka untuk menyerlahkan lenggok pinggul wanita, menjadikan setiap langkah seolah-olah tarian.

Sementara itu, Miss Z sekali lagi meneguhkan gelaran Christian Louboutin sebagai ‘the king of pumps’, kini rekaannya tampil dengan balutan Pony Bengali yang liar, namun tetap memanjakan pemakai dengan teknologi Everlasting Red Sole untuk keselesaan maksimum.

Dan bagi mereka yang mencari rasa sensual yang lembut, Kate Lace Up hadir dengan dentelle Perancis yang dilapik di atas satin crepe nude, seakan lingerie yang diterjemahkan ke dalam seni kasut.

Evolusi Kapsul Nude Christian Louboutin

Koleksi Nudes 2025

Antara sumbangan signifikan Christian Louboutin kepada dunia fesyen adalah koleksi Nudes, sebuah revolusi kecil yang mengubah cara industri melihat makna ‘nude’. Segalanya bermula daripada perbualan ringkas di pejabat New York, apabila dia menyedari bahawa rona beige terang yang sering dilabel sebagai nude tidak pernah mewakili keseluruhan spektrum rona kulit.

Dengan pemikiran ini, tercetuslah idea untuk menghasilkan palet inklusif yang merangkumi semua tona kulit, daripada cerah ke gelap.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013 dengan lima rona nude, koleksi ini telah berkembang menjadi lapan rona, meliputi kasut wanita, lelaki, kanak-kanak dan beg tangan. Tahun 2025 pula menjadi detik bersejarah dengan pelancaran edisi terhad kasut Cassia Lace Up, dengan hanya 1,000 unit di 16 butik utama dunia.

Dihasilkan daripada satin crepe mewah dalam lima rona nude, rekaan ini hadir sebagai manifesto keindahan terutamanya untuk meraikan kepelbagaian, kewanitaan, kekuatan dan kelembutan dalam satu harmoni.

Christian Louboutin

 “Makna kata itu penting – nude bukan sekadar rona beige, tetapi sebuah konsep yang wajar diterjemah secara menyeluruh agar mampu mencerminkan keseluruhan spektrum rona kulit.” - Christian Louboutin

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down