Tidak perlu lagi berasa serba salah untuk membawa pengering rambut sendiri ketika bercuti. Kini, saya boleh menikmati rambut yang cantik setiap hari dengan Dyson tanpa perlu mengorbankan ruang dalam bagasi.

Saya mempunyai satu tabiat setiap kali bercuti, saya hampir tidak pernah menggunakan pengering rambut yang disediakan di hotel. Bunyinya mungkin sedikit cerewet, tetapi selepas bertahun-tahun bekerja dalam industri kecantikan dan berpeluang mempelajari tentang sains penjagaan rambut, saya sedar bahawa kualiti pengering rambut memainkan peranan yang sangat besar terhadap kesihatan rambut.
Lebih-lebih lagi rambut saya yang telah melalui proses highlight. Rambut yang diluntur lebih mudah menjadi kering, rapuh dan rosak sekiranya terdedah kepada haba yang terlalu tinggi.
Malah, beberapa tahun lalu ketika berada di Korea Selatan, saya berpeluang bertemu penata gaya rambut yang bertanggungjawab menguruskan rambut Jennie daripada BLACKPINK. Antara perkara yang masih saya ingat sehingga hari ini ialah apabila beliau berkongsi bahawa Jennie hanya menggunakan pengering rambut Dyson dan mendapatkan rawatan di salon yang turut menggunakan jenama ini sebagai peralatan utama mereka.
Sejak itu, saya sendiri tidak lagi memandang ringan kepentingan memilih pengering rambut yang berkualiti.
Jadi, apabila mendapat tahu Dyson melancarkan Supersonic™ Travel, saya terus tertarik. Bukan sekadar kerana ia adalah model baharu, tetapi kerana akhirnya Dyson memperkenalkan versi yang jauh lebih kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.
Supersonic™ Travel, Pengering Rambut Travel Pertama Dyson Kini Di Malaysia

Jika anda seorang yang gemar mengembara, saya rasa ini antara produk yang patut dipertimbangkan.
Supersonic™ Travel direka khusus untuk mereka yang sering mengembara, outstation bekerja, menginap di hotel atau berpindah dari satu destinasi ke destinasi lain. Ia didatangkan dengan keserasian voltan global, membolehkan anda menikmati prestasi pengeringan bertaraf Dyson di hampir mana-mana negara tanpa perlu risau akan isu voltan.
Sebagai pengguna setia Dyson sejak model Supersonic™ pertama dilancarkan, saya sememangnya sudah terlalu yakin dengan prestasi yang ditawarkan. Apa yang paling menggembirakan saya kali ini ialah pada saiznya! Bukan itu sahaja, pengering rambut ini merupakan 32 peratus lebih kecil dan 25 peratus lebih ringan berbanding Dyson Supersonic™ asal. Malah, beratnya juga lebih ringan daripada sebotol air mineral 500ml. Bayangkan...
Bahagian terbaik? Ia benar-benar muat dimasukkan ke dalam beg tangan atau bagasi kabin tanpa mengambil banyak ruang. Ini bermakna saya tidak lagi perlu membuat pilihan antara membawa pengering rambut sendiri atau memberi ruang kepada pakaian.
Walaupun bersaiz kompak, prestasinya langsung tidak terasa seperti sebuah pengering rambut travel. Kelajuan pengeringannya masih pantas seperti yang kita jangkakan daripada Dyson. Malah, ia merupakan satu-satunya pengering rambut travel yang membolehkan pengguna menggunakan aksesori sedia ada daripada Dyson Supersonic™ yang lain juga Dyson Supersonic Nural™.
Mengapa Saya Tetap Memilih Dyson?
Ramai mungkin tertanya-tanya mengapa saya sanggup membawa pengering rambut sendiri setiap kali bercuti.
Jawapannya mudah. Kebanyakan pengering rambut di hotel menggunakan suhu yang sangat tinggi dan tidak mempunyai kawalan haba yang konsisten. Haba melampau inilah yang menjadi antara penyebab utama rambut menjadi kering, kusam dan mudah patah, terutamanya bagi mereka yang sering mewarnakan atau melunturkan rambut seperti saya.
Dyson pula menggunakan teknologi Intelligent Heat Control yang mengukur suhu aliran udara sehingga 100 kali sesaat bagi memastikan haba sentiasa berada pada tahap optimum. Hasilnya, rambut dapat dikeringkan dengan cepat tanpa mendedahkannya kepada haba berlebihan yang boleh merosakkan kutikel rambut.
Perbezaannya mungkin tidak begitu ketara selepas sekali penggunaan, tetapi jika anda mengeringkan rambut hampir setiap hari seperti saya, kesannya pasti dapat dirasai dalam jangka masa panjang.
Pelaburan Yang Berbaloi
Percaya atau tidak, saya masih menggunakan Dyson Supersonic™ generasi pertama yang saya beli sejak ia dilancarkan pada tahun 2016. Sehingga hari ini, prestasinya masih sangat baik dan menjadi teman setiap kali saya mengembara. Itulah sebabnya saya sentiasa menganggap produk jenama ini sebagai satu pelaburan jangka panjang. Bukan sahaja tahan lama, malah teknologi mereka juga sentiasa berkembang dari satu generasi ke generasi yang lain.
Bagi saya, Supersonic™ Travel mungkin menjadi antara pelancaran paling praktikal daripada Dyson setakat ini, terutamanya buat mereka yang kerap mengembara tetapi masih mahu menjaga kesihatan rambut seperti di rumah.
Dyson Supersonic™ Travel kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,399 di semua Dyson Store serta laman web rasmi Dyson Malaysia.

