Langgan

OPPO Reno16 Series Jadi Aksesori Fesyen Baharu Buat Gen Z

One Phone, Every Vibe.
3 minit untuk membaca
Published: July 13, 2026

Telefon pintar hari ini bukan lagi sekadar alat komunikasi. Ia adalah aksesori fesyen, kamera peribadi, diari visual dan refleksi personaliti. Sama ada anda seorang yang gemar bereksperimen dengan gaya, obses mencipta content atau sentiasa memburu estetik baharu di media sosial, telefon yang berada di tangan anda sebenarnya banyak menceritakan tentang diri anda.

OPPO Reno16 Series hadir sebagai telefon pintar yang meraikan ekspresi diri. Menerusi kolaborasi bersama fenomena K-pop BABYMONSTER, OPPO menggabungkan teknologi pengimejan termaju dengan reka bentuk yang trendi, sesuai dengan generasi yang mahu setiap detik kelihatan estetik dan autentik.

Telefon Yang Nampak Seindah Kandungannya

OPPO Reno16 Series tampil berbeza menerusi 3D Pop Planet Design. Rekaan ini menggunakan teknologi HoloVerse 3D bersama kesan floating 3D, menghasilkan ilusi planet yang seolah-olah terapung di permukaan belakang telefon. Ia bukan sekadar cantik dipandang, malah memberikan pengalaman visual yang berubah mengikut sudut cahaya.

Keunikan tekstur dan efek tiga dimensi ini memang sesuatu yang perlu dilihat sendiri. Jadi, jika berpeluang, kunjungi butik OPPO berhampiran untuk merasai sendiri bagaimana rekaan ini kelihatan secara fizikal.

OPPO Bubble: Skrin Mini Yang Penuh Personaliti

Bayangkan bahagian belakang telefon anda bukan lagi sekadar permukaan biasa, tetapi ruang untuk mempamerkan gambar kegemaran, video pendek, 4K Motion Photos atau imej haiwan peliharaan yang menceriakan hari anda. Mood hari ini? Tukar sahaja paparan Bubble mengikut cita rasa anda.

Lebih daripada sekadar elemen estetik, OPPO Bubble turut berfungsi sebagai pembantu swafoto menggunakan kamera belakang. Ia memaparkan preview secara masa nyata, membolehkan anda melihat posisi wajah sebelum mengambil gambar menggunakan kamera utama yang lebih berkualiti.

Selfie Lebih Cantik, Group Photo Lebih Mudah

Jika anda gemar merakam gambar bersama rakan-rakan, kamera hadapan OPPO Reno16 Series pasti menjadi antara ciri kegemaran anda.

Telefon ini dilengkapi 50MP Ultra-Wide Selfie Camera dengan sudut pandangan 100°, antara yang paling luas dalam kelasnya. Tiada lagi situasi di mana seseorang "terpotong" daripada gambar hanya kerana ruang yang sempit.

Untuk swafoto pula, mod Golden Selfie Angle (0.6x) membantu menghasilkan proporsi wajah yang lebih semula jadi sambil memasukkan lebih banyak latar belakang ke dalam bingkai. Hasilnya lebih seimbang, lebih flattering dan pastinya lebih Instagram-worthy.

Jadikan Setiap Foto Lebih Estetik Dengan POP Cam

Dengan POP Cam, anda boleh memberikan sentuhan estetik kepada setiap gambar atau Motion Photo hanya dalam beberapa saat menerusi pelbagai preset yang diinspirasikan daripada kamera klasik.

Antara pilihan yang paling menyerlah termasuk:

  • Digicam untuk estetika kamera digital era 2000-an yang sedang kembali menjadi trend.
  • Instant Film bagi menghasilkan efek filem segera yang nostalgik.
  • Light Leak yang memberikan sentuhan sinematik dan pencahayaan vintaj.

AI Remix Collage: Susun Cerita Dalam Satu Sentuhan

Kadangkala satu gambar sahaja tidak cukup untuk menceritakan keseluruhan pengalaman.

Dengan AI Remix Collage, beberapa gambar boleh digabungkan secara automatik menjadi kolaj yang lebih kreatif dan sedia dimuat naik ke media sosial.

Caranya juga mudah:

  1. Pilih beberapa gambar daripada galeri.
  2. Aktifkan AI Remix Collage.
  3. Biarkan AI menghasilkan susun atur yang kreatif dalam beberapa saat.

OPPO Reno16 Series membuktikan bahawa telefon pintar hari ini bukan lagi sekadar spesifikasi atau angka megapiksel. Ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup, membantu anda mengekspresikan personaliti melalui reka bentuk, cara anda mengambil gambar dan kandungan yang dikongsi setiap hari.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down