Langgan

Beg Coach Pilihan Editor ELLE Untuk Night Out Yang Penuh Gaya

Daripada meja kerja ke night out, ini pilihan beg Coach yang menjadi pilihan ELLE untuk menemani setiap momen dengan penuh gaya.
3 minit untuk membaca
Published: June 26, 2026

Jika ada satu aksesori yang saya percaya mampu mengubah keseluruhan penampilan tanpa perlu berusaha terlalu keras, jawapannya ialah beg.

Bukan kasut, bukan barang kemas dan bukan juga gincu merah. Beg yang tepat mampu menjadikan seluar denim dan tank top putih kelihatan seperti look yang baru keluar dari minggu fesyen New York.

Dan apabila berbicara tentang night out, saya mempunyai satu peraturan yang sentiasa saya pegang: jangan sesekali pilih beg hanya kerana ia cantik. Pilih beg yang boleh mengikut rentak malam anda.

Because we all know, a good night out doesn’t always go as planned.

Beg Yang Boleh Berubah Mengikut Mood

Saya sukakan aksesori yang mempunyai personaliti, terutama beg yang boleh berubah daripada shoulder bag kepada crossbody bag atau clutch, sentiasa ada tempat istimewa dalam senarai saya.

Malam biasanya bermula dengan makan malam di restoran kegemaran, kemudian mungkin diteruskan dengan cadangan spontan ke rooftop bar baharu, sebelum diakhiri dengan berjalan kaki menikmati suasana kota. Dalam situasi seperti ini, saya tidak mahu terlalu memikirkan beg yang asyik perlu dibetulkan di bahu.

Di antara deretan aksesori night out yang sentiasa relevan, Coach Tabby berdiri sebagai satu “modern classic” yang sukar digugat. Direka dengan siluet yang diangkat dari era 70-an Coach namun diberi nafas baharu yang lebih kontemporari, beg ini menjadi simbol effortless polish, cukup sleek untuk makan malam di rooftop Kuala Lumpur, namun tetap versatile untuk dipadankan dengan denim kasual selepas waktu kerja.

Apa yang menjadikan Tabby benar-benar ikonik bukan hanya estetikanya, tetapi juga functionality yang dipikirkan dengan teliti: ruang dalaman yang praktikal untuk essentials malam anda, pilihan strap yang boleh ditukar untuk crossbody atau shoulder carry, serta struktur yang kekal kemas tanpa mengorbankan gaya. Coach Tabby membuktikan bahawa sebuah “it bag” sebenar bukan sekadar trend, tetapi pelaburan gaya yang hidup lama dalam wardrobe, season after season.

Satu Carryall Yang Menggantikan Tiga Beg

Dulu saya percaya beg untuk acara malam perlu kecil dan minimal. Kini, saya lebih menghargai siluet carryall yang memberi ruang untuk hidup bergerak lebih spontan.

Coach Brooklyn Shoulder Bag ialah contoh terbaik. Dengan bentuk hobo yang lembut dan garis minimalis yang diinspirasikan oleh estetika New York, ia hadir dalam tiga saiz berbeza iaitu 28, 34 dan 39 memberi pilihan sama ada anda mahukan versi lebih sleek untuk night out atau yang lebih spacious untuk hari-hari yang lebih panjang. Ia mempunyai ruang yang cukup untuk semua keperluan daripada cermin mata hitam, buku kegemaran hinggalah cardigan ringan apabila malam semakin berangin.

Dan apabila hujung minggu tiba, Brooklyn dengan mudah bertukar menjadi teman perjalanan yang sempurna, sama ada menuju ke pantai, staycation atau sekadar menikmati petang di taman bersama rakan-rakan. Ia membuktikan bahawa beg yang hebat tidak mengenal waktu atau destinasi.

Brooklyn Shoulder Bag 28: New York Minimalism dengan Sentuhan Bohemian Yang Berseni

Siluet hobo yang minimal dan moden ini membawa pendekatan lebih refined kepada gaya New York yang effortless. Coach Brooklyn 28 Wooden Beading tampil ringkas tetapi tetap berkarakter, diperkemaskan dengan perincian manik kayu yang dianyam tangan dalam corak bohemian yang vibrant.

Walaupun tampak elegan dan unik, ia tetap praktikal untuk acara night out. Ruangnya luas untuk keperluan asas, dilengkapi removable zip pouch yang boleh digunakan secara berasingan, serta tali bahu lebar yang selesa untuk dipakai lama. Magnetic snap closure memudahkan akses, manakala charm ikonik Coach memberi ruang untuk anda mengekspresikan gaya dengan cara tersendiri.


ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down