Langgan

Bob Season: 5 Gaya Rambut Pendek Paling Chic Untuk Cuaca Panas

Stay Cool, Stay Chic.
2 minit untuk membaca
Published: June 12, 2026

Apabila suhu meningkat dan cuaca menjadi semakin panas, rambut panjang boleh menjadi satu cabaran seperti mudah melekat di leher, cepat kusut dan membuatkan anda berasa kurang selesa sepanjang hari. Tidak hairanlah gaya rambut pendek kembali menjadi pilihan utama, bukan sahaja kerana lebih praktikal tetapi juga kerana penampilannya yang chic dan effortless.

Daripada bob moden hingga potongan bertekstur, berikut adalah inspirasi gaya rambut pendek terbaik yang sesuai untuk cuaca panas tanpa mengorbankan gaya.

1. The Soft Bixie

Potongan 'bixie', kacukan daripada perkataan bob dan pixie ini biasanya jatuh sedikit di atas atau sekitar dagu. Ia memberi penampilan yang sleek, moden dan sangat kemas seperti Zoë Kravitz dan Gracie Abrams. Gaya ini sesuai untuk mereka yang mahu rambut pendek tetapi masih mempunyai sedikit ruang untuk styling seperti belahan tengah atau light wave.

(Sumber : @zoeisabellakravitz)
short hairstyles for heatwave
Zendaya mengenakan 'bixie' cut (Sumber : ELLE UK)

2. Feathered Bob

Feathered bob menampilkan lapisan halus yang menghasilkan gaya rambut yang ringan dan bervolum. Potongan ini memberikan ilusi rambut yang lebih tebal serta mudah digayakan, sama ada lurus atau beralun. Ia juga membantu mengurangkan rasa panas kerana struktur rambut yang ringan.

(Sumber : @haileybieber)
Emma Stone (Sumber : ELLE UK)

3. The French Bob

French bob kekal sebagai pilihan klasik yang sentiasa relevan. Gaya rambut ini kebiasaannya dipotong pada paras dagu dan dipadankan dengan fringe pendek, gaya ini memberikan sentuhan Parisian yang chic dan effortless. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari penampilan yang kemas tetapi tetap bergaya.

(Sumber : @sofiagrainge)
bob
(Sumber : ELLE UK)

4. The Eton Crop

Bagi yang berani bereksperimen, Eton crop merupakan antara potongan paling pendek dan berkarakter. Gaya ini mula popular pada era 1920-an dan kini kembali mendapat perhatian kerana penampilannya yang tajam, minimal dan penuh keyakinan.

bob
(Sumber : ELLE UK)
bob
(Sumber : ELLE UK)

5. The Riviera Bob

Potongan riviera menggabungkan elemen crop pendek dengan tekstur yang lebih lembut dan santai. Hasilnya ialah gaya yang kelihatan elegan tanpa terlalu formal, menjadikannya pilihan ideal untuk cuaca panas dan gaya percutian musim panas yang effortless.

bob
(Sumber : @taylor_hill)
bob
(Sumber : @taylor_hill)

Kesimpulannya, potongan rambut pendek bukan lagi sekadar pilihan praktikal ketika cuaca panas, malah menjadi cara mudah untuk menyegarkan penampilan. Sama ada anda memilih French bob yang klasik atau Eton crop yang berani, setiap gaya mempunyai karakter tersendiri yang boleh disesuaikan dengan personaliti dan bentuk wajah anda.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down