
Keterujaan dunia sastera pada era kini berterusan dengan bertumbuhnya penulis-penulis wanita yang datang bersama idea baru dunia penulisan. Women's Prize Fiction menjadi medan kesemua buku fiksyen terbaik karya tulisan penulis wanita dikumpulkan sebagai sebuah acara mengangkat karya sastera moden.
Berteraskan misi untuk mengubah dunia melalui karya sastera penulis wanita dan sambil membuka laluan kepada generasi baru penulis dan pencinta karya fiksyen untuk terus mendekati dunia pembacaan dan penulisan.
Antara karya terdahulu yang sudah diangkat sebagai naskhah terbaik adalah The Safekeep (Yael van der Wouden), Piranesi (Susanna Clarke), The Book of Form and Emptiness (Ruth Ozeki) dan Hamnet (Maggie O'Farrell).
Panel Women’s Prize for Fiction tahun ini dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Australia, Julia Gillard. Turut membarisi panel juri fiksyen bersama beliau ialah novelis, Mona Arshi, Salma El-Wardany, Cariad Lloyd dan Annie Macmanus.
Berikut novel fiksyen yang disenarai pendek Women's Prize Fiction tahun ini:
- Flashlight Susan Choi (Jonathan Cape, Vintage, Penguin Random House UK)
- Dominion Addie E. Citchens (Europa Editions UK)
- The Correspondent Virginia Evans (Michael Joseph, Penguin Random House UK)
- The Mercy Step Marcia Hutchinson (Cassava Republic Press)
- Kingfisher Rozie Kelly (Saraband)
- Heart the Lover Lily King (Canongate)
