Langgan

JAECOO J5: Standard Baru Premium ‘Urban Explorer’ Di Malaysia

Sebuah definisi baru untuk praktikaliti harian dengan sentuhan mewah
2 minit untuk membaca
Published: April 22, 2026

Landskap automotif tempatan terus berkembang dengan kemunculan model-model baru. Ia bukan sahaja memenuhi keperluan mobiliti tetapi turut mencerminkan gaya hidup moden. Terbaru, OMODA | JAECOO, 'Urban Explorer' memperkenalkan JAECOO J5, sebuah crossover kompak segmen-B. Model ini membawa definisi baru terhadap kemewahan mampu milik.

Dalam konteks ini, JAECOO J5 bukan hanya sebuah kenderaan. Ia satu refleksi evolusi gaya hidup bandar yang dinamik menggabungkan fungsi harian dengan aspirasi hujung minggu yang lebih bebas.

Reka Bentuk Kompak, Jiwa Lasak

Dari segi visual, JAECOO J5 tampil dengan keseimbangan yang menarik antara dimensi kompak dan kehadiran yang tegas di jalan raya. Garisannya moden, namun tidak keterlaluan, memberikan impresi sofistikated yang sesuai untuk persekitaran bandar.

Dibina menggunakan struktur keluli berkekuatan tinggi, model ini menekankan aspek keselamatan dan ketahanan. Digandingkan dengan sistem suspensi multi-link di bahagian belakang, pengalaman pemanduan yang ditawarkan terasa stabil, selesa dan refined. Baik di jalan bandar mahupun di lebuh raya.

Canggih & Mesra Gaya Hidup

Dari bahagian dalam, suasana yang ditawarkan cukup berbeza. Tenang, lapang dan penuh dengan elemen teknologi. Kemasan kulit premium dengan perincian halus memberikan sentuhan elegan, manakala tempat duduk hadapan dengan fungsi ventilasi meningkatkan keselesaan dalam cuaca tropika.

Sistem infotainmen 13.2 inci menjadi pusat kawalan utama, lengkap dengan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto. Ditambah dengan sistem audio lapan pembesar suara dan ciri unik seperti karaoke dalam kereta, J5 membawa pengalaman pemanduan ke tahap lebih peribadi dan menghiburkan.

Menariknya, model ini juga direka dengan pendekatan mesra haiwan peliharaan dengan material dalaman yang tahan calar dan antibakteria dan  sesuai untuk gaya hidup keluarga moden.

Keselamatan Sebagai Keutamaan

Dalam aspek keselamatan, JAECOO J5 tidak berkompromi. Dilengkapi dengan 19 fungsi bantuan pemandu, ia menawarkan perlindungan menyeluruh dalam pelbagai situasi pemanduan. Sistem kamera 540-darjah pula memberikan kelebihan dari segi visibiliti, terutamanya ketika parkir atau bergerak dalam ruang sempit.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down