Langgan

Trend “Watercolour Makeup” Solekan Lembut Yang Semakin Menguasai Dunia Kecantikan

Interpretasi baharu solekan natural untuk tahun 2026.
1 minit untuk membaca
Published: April 22, 2026

Dalam dunia kecantikan yang sentiasa berubah, satu trend kini semakin mencuri perhatian iaitu watercolour makeup. Jika sebelum ini solekan lebih cenderung kepada kontur yang jelas dan kemasan tebal, kini arah aliran berubah kepada sesuatu yang lebih lembut, ringan dan “melting into the skin”.

Apabila Solekan Seperti Seni Lukisan

Bayangkan cat air di atas kanvas: warna lembut, mengalir, berlapis lembut dan bercampur tanpa sempadan jelas. Konsep yang sama kini diterjemahkan ke dalam dunia kecantikan. Watercolour makeup menolak garis tegas dan kemasan berat, digantikan dengan sapuan warna yang nipis, tembus cahaya, dan “hidup” di bawah kulit. Blush tidak lagi nampak seperti blok warna. Bibir tidak lagi dilukis sempurna. Semuanya terasa seperti versi paling natural diri sendiri, cuma dengan sedikit sentuhan romantik.

Mengapa Ia Menjadi Trend?

Dalam era yang semakin serba laju dan visual yang terlalu "sempurna", ramai mula kembali kepada sesuatu yang lebih real. Watercolour makeup memberi ruang untuk wajah bernafas. Lebih menarik, trend ini juga selari dengan peralihan besar dalam dunia kecantikan daripada “covering flaws” kepada “enhancing skin”.

Cara Mencapai Look Watercolour Makeup

Set Eksklusif Valentine's Day YSL Beauty

Untuk mendapatkan gaya ini, beberapa teknik utama digunakan:

  • Gunakan produk bertekstur cair atau krim
  • Pilih warna lembut seperti pink, peach atau berry tone
  • Sapukan sedikit demi sedikit dan BLEND
  • Elakkan garisan tegas atau aplikasi terlalu berat

Hasil akhirnya ialah wajah yang nampak seperti disapu cahaya lembut...segar, romantik dan effortless.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down