
Teka-teki siapa yang bakal bergelar finalis Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) terjawab dengan senarai 10 buah lagu diumumkan ke pentas akhir bagi memburu gelaran juara selepas berakhirnya saingan Separuh Akhir hujung minggu lalu.
Aisha Retno, Dayang Nurfaizah, Marsha Milan dan Aina Abdul antara nama besar yang berjaya menempatkan diri ke acara final menerusi hits mereka seperti Tak Adil, Lemah, Tangisan Seorang Pendosa dan Kamu. Ini menjadi momen besar buat mereka yang menjadi nadi AJL bergerak sebagai platform hiburan yang dinanti.
Tujuh lagu lain yang berjaya adalah Semacam Pandora (Hazama), Nurcinta (Amir Masdi) dan Ke Mana Ni? (Luca Sickta, Salammusik & KmyKmo). AJL40 turut menjadi momen istimewa bakat-bakat baru yang pertama kali ke pentas akhir seperti Reynauld Guntabid dan grup Hip-Hop, K.O.I
Wani Kayrie setelah mencuba berkali-kali menembusi peringkat akhir dengan hits Cak Cak Cekuk. Acara Separuh Akhir diadili oleh juri profesional seperti Ad Samad, LY, Siti Hajar, Efry Arwis dan Acis sebagai ketua juri.
Antara lagu yang gagal mara ke acara kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 adalah Nostalgia (Haqien Rusli), Hijab Rindu (Black), Seribu Tahun Lagi (Imran Ajmain), Pernah Punya Aku (Shila Amzah) dan juga lagu rancak daripda Stacy berjudul Menyala.
