Langgan

Tampil Camera-Ready Bersama Dior Forever Skin Glow dan Dior Forever Skin Wear

Dengan formulasi baharu yang lebih ringan, bernafas dan tahan lama, era kulit flawless kini diperkenalkan semula, lebih sempurna dalam koleksi Dior Forever.
2 minit untuk membaca
Published: April 8, 2026

Mencari bedak asas yang tepat adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi dalam koleksi solekan anda. Setiap jenis kulit membawa ceritanya sendiri. Kulit kering mudah memperlihatkan kesan bertompok dan kulit berminyak sering membuatkan solekan seakan hilang tanpa jejak. Namun begitu, satu produk yang benar-benar tahan uji masa ialah Dior Forever foundation. Diperkenalkan hampir 20 tahun lalu, bedak asas high coverage dengan ketahanan lama ini telah melalui pelbagai pembaharuan formula dari semasa ke semasa tanpa menjejaskan reputasinya.

Tahun ini, Dior sekali lagi mentakrifkan semula solekan asas wajah dengan generasi terbaharu Dior Forever. Direka oleh Peter Philips, formulasi inovatif ini menggabungkan liputan berprestasi tinggi dengan manfaat penjagaan kulit profesional. Hasilnya adalah kemasan yang sempurna, halus dan tahan lama, memberikan efek kulit tanpa cela, sama ada dipakai bersendirian mahupun sebagai asas kepada solekan penuh.

Kecantikan Seolah-olah Filter Kamera

Dior
Gambar Ihsan Dior

Mengetuai pelancaran ini adalah Dior Forever Skin Glow, bedak asas berseri yang menjanjikan keserian "no-retouch" selama 24 jam. Tekstur berkrim dan boleh dibina berfungsi seperti filter digital yang serta-merta mengaburkan ketidaksempurnaan pada kulit sambil menaikkan lagi keserian semula jadi. Formula yang mengandungi asid hialuronik niacinamide dan peptide ini menambahbaik kualiti kulit dengan masa. Dalam satu minggu, kulit akan tampil lebih terhidrat, licin dan tona lebih sekata walaupun tanpa sebarang solekan.

Kemasan Matte Semula Jadi dari Perspektif Baharu

Dior
Gambar Ihsan Dior

Bagi mereka yang menggemari kemasan tanpa kilap, Dior Forever Skin Wear hadir dengan efek natural matte yang ringan, jauh daripada rasa berat yang sering dikaitkan dengan bedak asas matte. Tekstur cairnya yang membenarkan kulit bernafas dan mudah menyatu pada kulit memberikan efek soft-focus yang halus, mengaburkan cela tanpa menyebabkan solekan tampak bercapuk. Direka untuk pemakaian jangka panjang, ia mengekalkan rasa segar dan selesa sepanjang hari. Seperti Skin Glow, formulanya turut diperkaya dengan kompleks penjagaan kulit triple-action yang sama, memastikan penghidratan berterusan serta pembaikan kulit secara beransur-ansur.

Direka Untuk Semua

Dior
Gambar Ihsan Dior

Kedua-dua formula ini dicipta untuk beradaptasi dalam apa jua kondisi tanpa mengorbankan keselesaan mahupun keaslian pada kulit. Ditawarkan dalam 45 pilihan rona, ia mencerminkan komitmen Dior terhadap kepelbagaian dengan teknologi pigmen baharu yang direka khas untuk menyatu indah pada pelbagai tona kulit.

Wajah-wajah yang Memimpin Era Baharu Kecantikan Bagi Dior Ini

Menghidupkan visi kulit sempurna dari setiap sudut, kempen ini menampilkan wajah-wajah jenama seperti Anya Taylor-Joy, Willow Smith dan Jisoo. Era baharu Dior Forever turut diraikan melalui pendekatan lebih lestari, dengan pembungkusan yang boleh dikitar semula serta penutup yang diperbuat sepenuhnya daripada plastik kitar semula.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down