Langgan

Qasrina Karim, Sky Iskandar, Bella Dowanna & Aniq Suhair Melangkah Yakin

Berteras bakat dan kesungguhan Bella Dowanna, Qasrina Karim, Sky Iskandar dan Aniq Suhair semakin menyerlah menyusun langkah.
Published: March 10, 2026

QASRINA KARIM

Bakatnya semakin diyakini dengan beberapa terampilan dalam drama bersiri yang diberi perhatian meluas penonton tempatan. ‘My Famous Ex-Boyfriend’ lakonan bersama Hael Husaini dan ‘Thariq Ridzuwan: His Treasure’ bersama Meerqeen meletakkan nama Qasrina sebagai bakat pelapis yang memiliki satu masa depan yang cemerlang.

Cukup lembut menyusun kata-kata dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya, Qas begitu mudah didekati. Personalitinya itu saya kira satu bonus untuk dia bertumbuh dengan keterbukaan yang beriring prinsip dan disiplin kerja. Bersama ELLE Qasrina Karim berkongsi cerita.

ELLE: Semakin sibuk pastinya dengan rangka kerja, apa keterujaan terbesar Qas tahun ini?

Qasrina Karim: I baru habis shoot drama berepisod, ‘Garis Takdir’ arahan Zul Ariff. Heavy drama yang I tak pernah buat sebelum ni. Different dynamics. Selain daripada tu, ada beberapa projek lain yang sudah dapat tawaran tapi masih dalam proses untuk pilih yang mana bersesuaian dan mengena dengan masa.   

E: Kalau diikutkan macam mana sebenarnya Qas boleh get involved dalam bidang lakonan?

QK: Sebenarnya memang tak ada perancangan untuk berlakon. Minat memang ada tapi tak pernah terfikir untuk jadi karier. Lebih kurang enam tahun lepas, I dapat emel untuk pergi casting. So, macam why not untuk cuba kan? Nothing to lose. Tapi Alhamdulilah ada rezeki, I dapat offer untuk berlakon dalam production tersebut. Daripada situ bermulalah perjalanan sebagai pelakon. 

E: As a person, Qas ada expectations dalam diri?

QK: Kalau dulu I memang ada letak expectation untuk prove to myself yang I’m ready to be an actress. Tapi I realise bila I put expectations on myself, I stress myself out more. So, I tetapkan dalam diri setiap kali buat kerja just kena Ikhlas dan buat yang terbaik. Dengan cara tu, I rasa rezeki kerja atau projek tertentu akan datang naturally

E: Dalam bidang lakonan apa yang Qas nak capai?

QK: Main goal memang untuk bekerja dengan perasaan tenang dan happy. I pernah hidup dalam satu life yang ada tekanan sebelum ini yang akhirnya buat I jadi burn out. I nak life yang ada balance. Tapi kalau ada hal-hal lain yang datang I anggap ia satu bonus.

E: Dalam bidang lakonan ada sesiapa yang Qas look up to?

QK: Untuk drama ‘Garis Takdir’ I berpeluang berlakon dengan Nurkhiriah yang I memang admire daripada dulu. Ini sebenarnya kali kedua I berlakon dengan Nurkhiriah tapi yang first tu dramanya lebih ringan dan komedi. Kali ini I betul-betul tengok dia berlakon dengan depth yang berbeza. As someone yang dah lama dalam bidang lakonan I memang admire disiplin kerja yang dia ada.

E: Bercakap tentang disiplin, boleh kongsikan disiplin kerja seorang Qasrina Karim.

QK: I try my best to be on time on set. Jaga diri, pertuturan dan I ada mind set kita kena respect orang, tak kisah sesiapa pun. Timing is very important sebab kita bekerja dengan ramai orang jadi sangat penting untuk I make sure sentiasa jaga masa dan hormat masa orang lain. 

E: Apa yang membahagiakan seorang Qasrina Karim?

QK: Untuk bangun setiap pagi dan ada kerja yang I enjoy doing it it’s a blessing for me. I anggap itu satu privillage sebab ada ramai orang yang struggle untuk buat kerja yang mereka terpaksa buat kan. So, I am thankful dan bahagia dengan keputusan yang I buat untuk berlakon.

E: Ada perkara lain yang Qas nak cuba buat selain berlakon?

QK: Ada tapi I jenis kalau belum ada apa yang confirm I promise not to share anything dulu. Insya-Allah masanya tiba I akan kongsikan.

E: Apa tentang UNIQLO yang Qas suka?

QK: Selesa untuk any occasion dan ia ada rekaan minimal yang cukup timeless

SKY ISKANDAR

Bidang lakonan tempatan hari ini menzahirkan banyak bakat pelapis yang datang tidak hanya untuk memeriahkan industri lakonan tetapi hadir dengan bakat yang tersendiri. Sky Iskandar satu daripadanya yang datang dengan pesona yang menjerat. Attitude di layar yang diberikan dalam menghidupkan watak menjadikan dia sebagai one to watch.

Setelah filem ‘Kahar: Kapla High Council’, tahun ini akan menjadi tahun penting buatnya dengan tiga lagi filem yang bakal ditayangkan iaitu ‘Wantugo’, ‘The Furious’ dan ‘Tarung: Unforgiven’. Komited dalam setiap tawaran kerja dan semakin positif dengan perkembangan kariernya, Sky Iskandar berkongsi hal-hal baru dalam hidupnya.

ELLE: Berlakon memang dalam rencana karier atau datang tak sengaja sebenarnya?

Sky Iskandar: Daripada kecil Sky macam dah tahu I might be in this game cuma ada masa rasa macam mungkin tak dapat kot. Tapi eventually dapat juga masuk dalam this industry.

E: Untuk tahun ini what is your biggest excitement in life?

SI: I think I like to approach life as an open book. Bukan kata tak nak expect anything tapi lebih kepada menerima apa yang akan datang dalam hidup seadanya. Untuk karier pula ada filem yang Sky nantikan tayangan iaitu ‘The Furious’ dan ‘Tarung: Unforgiven’. Dua filem yang paling Sky teruja menantikan tarikh tayangan. 

E: Ada apa dalam bidang lakonan yang membentuk disiplin diri Sky?

SI: Preparation for each role yang membuatkan disiplin itu dibentuk. As simple as go to the gym atau membaca skrip. Ada masa training berkawan ada masa seorang so it’s on me untuk disiplinkan diri.

E: Sebagai penonton saya rasa Sky dah buktikan yang Sky memang memiliki bakat lakonan tersendiri. Untuk Sky sendiri masih ada lagi yang mahu dibuktikan?

SI: First banyak lagi benda yang kena belajar. Tapi so far, Alhamdulillah puas. Lakonan bagi Sky adalah a form of expression so I think ada satu kepuasan yang tidak boleh dibeli dengan duit.

E: Impian terbesar dalam bidang lakonan?

SI: Nak bawa Hollywood datang Malaysia. Tak tahu macam mana but it will happen (tertawa).

E: Ada keinginan untuk kembangkan bakat ke luar negara?

SI: Ada, untuk bekerja dengan orang-orang luar. Tak kiralah dari mana pun Indonesia, Hong Kong atau mungkin Hollywood. Tapi kalau satu keinginan yang ada sekarang mungkin nak dapatkan peluang berlakon bersama Dian Sastrowardoyo.

E: Cara Sky menghidupkan watak?

SI: Sky akan tengok watak apa yang Sky dapat. Sekarang tengah buat preparation untuk watak polis dan apa yang Sky buat sekarang Sky akan bangun seawal lima pagi setiap hari and then go to gym. Settle semua tu Sky akan start my day untuk baca skrip dan lain-lain. Banyak benda nak kena jaga macam makanan, mental nak kena prepare juga. Ia berbalik pada disiplin kerja.

E: In the long term apa yang Sky nak achieve?

SI: I want to go as far and as high as possible. I want to push my limits dan lihat sejauh mana Sky boleh pergi dalam bidang ini. Kalau ada pencapaian tertentu yang akan Sky capai, Sky hargai ia sebagai part of the journey. 

E: Satu filem yang Sky rasa semua orang perlu tonton?

SI: Everybody should watch ‘Shrek’ sebab ia mengubah dinamik fairy tale yang kita dah faham sejak kecil. Kalau orang kenal Sky memang semua tahu it’s my favorite movie. 

E: Tentang UNIQLO yang Sky suka?

SI: Very clean dan satu perkara yang Sky suka UNIQLO ada range yang luas untuk apa juga musim dan cuaca. 

BELLA DOWANNA 

Sejak menapak ke industri hiburan sedari usia kecil, Bella Dowanna membesar dengan bakat dan keberanian yang kian matang seiring waktu. Tidak pernah membataskan dirinya pada satu jalur sahaja, setiap fasa kariernya memperlihatkan evolusi sebagai figura yang mahu memahami industri dari pelbagai sudut tantangan.

Kini, langkahnya semakin melebar apabila dia turut terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir selain terus aktif sebagai pempengaruh dan mula menyanyi. Dalam temu bual ini, Bella berkongsi tentang kepuasannya yang dicari dalam lakonan, impian serta prinsip peribadi yang menjadi kompas dalam mengemudi cabaran industri yang kian kompetitif.

ELLE: Bergelar pelakon dan pempengaruh, boleh kongsikan apa yang terkini daripada Bella daripada segi career-wise?

Bella Dowanna: I sibuk dengan konsert pertama sebagai salah seorang dalam team event organiser, ‘Mahalini Live in KL’. I sudah mula dan seronok bekerja depan dan belakang tabir. Selain itu, I sibuk dengan lakonan dan beberapa acara yang dihadiri. 

E: Sebenarnya untuk lakonan Bella sudah menemukan kepuasan atau sebaliknya?

BD: Belum. I masih mencari kepuasan lakonan itu namun di umur ini I tidak rushing. Jika rezeki itu for me, terima sahaja. I lebih rela berada dalam satu naskhah yang I sangat suka berbanding membawa karakter yang tidak enjoy untuk dirimembawakannya. 

E: Apa wishlist Bella dalam lakonan yang masih belum lagi tercapai?

BD: Filem. I pernah buat satu namun my end goal is to be a film star. So, I masih nak bereksperimen dengan filem dan mencuba untuk dapat karakter yang betul-betul orang nampak apa yang I boleh deliver

E: Ada pengarah yang ingin bekerjasama?

BD: Sebenarnya I banyak tengok kepada market di Indonesia. Tipulah kalau tiada rasa untuk berlakon di sana. Actor dan actress yang I suka juga ramai di sana. Kalau pengarah, Bella ingin bekerja di bawah arahan Hanung Bramantyo, Joko Anwar dan Yandy Laurens. Kalau dari Malaysia sendiri pula, sudah tentu Osman Ali. 

E: Selain lakonan, apa lagi yang Bella ingin cuba?

BD: Mungkin kerja-kerja mengarah dan menyanyi walaupun I ada stage fright. 

E: Bella dikenali dengan personaliti ceria dan autentik. Bagaimana Bella memastikan relevansi dalam persaingan kompetitif industri?

BD: I sentiasa percaya dengan rezeki masing-masing. Kalau kita buat apa yang memang kita suka dan minat, rezeki itu akan sampai juga. I tak berapa suka menggunakan apa-apa cara yang ‘kotor’, contohnya seperti gosip yang tak sepatutnya, semata-mata untuk menaikkan nama kerana niatnya sudah salah. Jadi untuk bersaing dalam industri memang susah, you do you dan buat yang terbaik sahaja.

E: Sebagai selebriti, bagaimana Bella memilih kerjasama dengan sesuatu jenama atau kempen yang selari dengan nilai diri?

BD: I akan pastikan setiap event dan collaboration selari dengan diri. Kalau itu kena dengan niche I, ramai kawan-kawan I dan barangan itu juga I gunakan sendiri, I akan hadir sahaja. I will always say yes for events, networking itu sangat membantu. 

E: Akhir sekali, Bella sering tampil effortless dan versatil. Apa pandangan Bella tentang pakaian daripada UNIQLO dalam memudahkan gaya harian?

BD: I describe UNIQLO dengan tiga perkataan minimalis, warna yang neutral dan comfy. I ada penyakit ekzema, jadi apa yang I pakai, I sentiasa perlu cover up. I ada banyak scars, itu my insecurities. Jadi dengan UNIQLO, ia sangat membantu. Bahagian yang paling I suka tentunya AIRism. Buatlah apa sahaja pieces dengan koleksi AIRism itu, memang memberi keselesaan berfesyen. Kawan-kawan I yang berhijab juga suka untuk pilih ke UNIQLO. 

ANIQ SUHAIR

Berbekalkan rupa dan disiplin yang dibina setelah dikenali sebagai finalis pencarian Hero Remaja, Aniq Suhair kini sedia melangkah ke fasa baharu dalam kerjayanya dengan visi yang lebih jelas. 

Tidak lagi sekadar ingin mengejar populariti semata-mata, dia mula menyusun langkah lebih seimbang dalam dunia seni dan cabang perniagaan, membuktikan kematangannya merencana masa depan. Walau komited memberi fokus kepada pelbagai tanggungjawab, minatnya terhadap seni lakonan dan peragaan tetap menjadi keutamaan. Hari ini Aniq memasang impian untuk membina empayarnya sendiri suatu hari nanti. 

ELLE: Apa agenda utama Aniq untuk tahun ini?

Aniq Suhair: Aniq lebih ingin berfokus kepada family business. Pada masa yang sama Aniq tetap mahu menerima tawaran shooting dengan membahagikan masa secukupnya. Jadi, mana-mana drama atau long series Aniq letak tepi dahulu. Bukan tidak mahu buat tetapi Aniq cuba fokus apa sahaja yang terbaik ada di depan mata. 

E: Ada apa dengan bidang lakonan yang Aniq sangat suka?


AS: Dalam lakonan, Aniq boleh bawakan apa sahaja watak berbeza daripada diri Aniq sendiri di luar. Aniq juga boleh belajar untuk mendalami pelbagai karakter. Selain itu, Aniq happy dapat berjumpa orang-orang dalam industri. 

E: Any dream director yang belum pernah Aniq dapat bekerja bersama?


AS: Mungkin yang ada dalam fikiran Aniq sekarang, Syamsul Yusof dan keluarganya. Kalau ayahnya masih mengarah pun Aniq mahu dapat bekerja bawah arahan mereka. Siapa sahaja tak mengenali mereka. 

E: Pernah Aniq search nama sendiri untuk melihat apa yang orang perkatakan tidak kira baik dan buruk tentang diri?


AS: Pernah sahaja. Mereka hanya menulis apa yang mereka nampak. Contohnya komen-komen di media sosial itu. Aniq akan cuba ignore jika terlalu negatif. Syukur tidak banyak gosip dan hal buruk orang ceritakan pasal Aniq. Ramai yang sebenarnya supportive. Cara Aniq mudah sahaja, Aniq hanya bersangka baik dengan peminat dan industri.  

E: Bercakap pula tentang modelling, apakah dua perkara ini sesuatu yang Aniq sentiasa mahukan sejak dahulu lagi?

 
AS: Aniq memang suka explore apa-apa bidang sekalipun. Suka mencuba itu ada dalam diri. Ada sahaja cuba tolong family buat kerja-kerja business macam kontraktor, F&B dan macam-macam lagi. Tapi dalam masa sama seni ini memang Aniq suka buat. 

E: Tawaran bagaimana yang Aniq harapkan kini untuk kedua-duanya?

 
AS: Teringin dan sangat suka untuk dapat tawaran modelling daripada lebih banyak brand untuk event serta collaboration. Kalau lakonan pula, Aniq lebih terbuka untuk apa sahaja karakter. Asalkan kena masanya dengan jadual sendiri. Cuma Aniq ada mengharapkan juga untuk dapat karakter yang belum pernah Aniq bawa. Tahun ini Aniq sudah mula dapat watak action dan seumpamanya. Ia luar daripada keselesaan diri namun seronok Aniq mencuba.  

E: Apa pula yang Aniq ingin achieve mendepani perkembangan kerjaya sepuluh tahun mendatang?


AS: Membina empayar. Masih belum ada penetapan empayar apa yang mahu dibina tapi impian itu sentiasa ada. Kalau lakonan pula, Aniq mahu tunjukkan lagi bakat dan sudah tentu memegang trofi. Jadi lebih penghargaan daripada peminat dan industri. 

E: My last question, bagaimana Aniq memilih mana-mana pieces daripada stor UNIQLO untuk digayakan seharian?


AS: Semua pakaian daripada UNIQLO cukup selesa untuk dipakai bagi Aniq. Bahagian sweatshirt antara salah satu yang Aniq selalu pergi, ia sesuai dengan cuaca kita di Malaysia. Harga juga affordable dan warna juga pelbagai. Kalau keluarga Aniq ke shopping mall mereka semua akan tentu singgah ke stor UNIQLO untuk melihat koleksi terkini sedia ada. 


Penyelaras: Sarah Hani Jamil / Temubual: Hafizan Mohd & M. Ridhwan Sa’aya / Fotografi: Edmund Lee / Arahan Seni: Iera Nadzlim / Penata Gaya: Ardi Idewani & Athirah Zahra / Kandungan Digital: Sri Azni & Nurhani Natasha / Solekan: Cat Yong / Chu Fan / Dandanan: Mei Choi / Hijab: Farhanah Fauzy
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down