
Bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Lunar yang menyerap semangat kuda tahun ini, Jaeger-LeCoultre memperkenalkan tiga siri jam tangan Reverso Tribute Enamel yang terbaru dalam balutan emas putih. Sebagai satu penghargaan Reverso yang cukup dikenali di lingkungan sukan polo, setiap satu penciptaan disematkan karya seni miniatur daripada artisan tersohor China iaitu Xu Beihong.
Cukup percaya dikenali dengan teknik tradisional sebagai medium penghasilan karya-karyanya, Xu Beihong menjadi antara perintis seni yang cukup penting dalam sejarah warisan dan budaya China. Siri Reverso Tribute Enamel ‘Xu Beihong’ menjadi sebuah pentafsiran semula legasi seniman ini menerusi tiga kraf luar biasanya iaitu lukisan miniatur, grand feu dan guillochage.
Cabaran utama dalam melunaskan proses kreatif penciptaan adalah pada bahagian belakang kotak yang menuntut ketelitian dalam lukisan asal dakwat Xu Beihong. Setiap satunya berukuran lebih daripada satu meter persegi yang harus diadaptasi ke permukaan jam tangan dua sentimeter.

THE STANDING HORSE
Karya ini mengangkat sisi kekuatan seekor kuda Jaeger-LeCoultre. Dail dipamerkan dalam dalam kemasan 120 garisan. Pemilihan rona yang disebut sebagai Crimson Dawn Orange mencerminkan landskap asal karya Xu Beihong yang berteras kehangatan hening fajar.

TWO HORSES
Dicipta denagn dinamik semangat dua ekor kuda hitam dan putih. Aksi yang menyemarak tenaga dan keserasian yang saling melengkapi menjadi kunci kreativiti penciptaan edisi ini. Dail yang menampilkan abstrak biji barli, di bawah lapisan enamel grand feu lutsinar dalam rona Distant Mountain Blue.

THE RUNNING HORSE
Imej seekor kuda dalam aksi berlari memancarkan keagungan penciptaan. Dail enamel grand feu hijau yang sinonim dalam kesenian China sebagai Evergreen Pine Green menjadi lambang keabadian. Kemasan hand-guilloché yang terdiri daripada 120 garisan, diukir dengan ketelitian sebelum proses lapisan bermula.
