Langgan

6 Trend Terbaik Selebriti Korea Untuk Diikuti Musim Ini

Yang terbaik dari Seoul.
Oleh | TERJEMAHAN ELLE Malaysia
3 minit untuk membaca
Published: August 8, 2024

Seoul kini menjadi salah satu kota tumpuan buat pencinta fesyen dari seluruh dunia. Ramai
yang mula berkiblatkan Seoul dalam mencari inspirasi gaya harian mereka. Terima kasih
buat industri K-pop dan K-drama. Apa sahaja yang digayakan oleh selebriti dari Korea pasti
laris dan menjadi 'trend'. Dari baju bersaiz besar, denim dan aksesori metalik, apa sahaja
yang dipakai oleh selebriti ini menjadi perhatian dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Kami senaraikan gaya Korea terhangat yang boleh anda selitkan dalam gerobok fesyen
anda musim panas ini. 

Gadis jersi


Serlah sisi 'sporty' anda dengan pemakaian baju jersi yang semakin menjadi pilihan ramai
termasuklah Hanni dari kumpulan NewJeans. Padankan dengan celana denim longgar atau
'tuck in' bersama skirt denim dipadankan pula dengan sepasang kasut sukan. 

Celana denim longgar


Lupakan celana denim potongan slim berwarna anda. Kini adalah masa untuk menyarung
celana denim longgar berpotongan pinggang tinggi. Seperti yang dilihat pada kumpulan
NewJeans, mereka kelihatan sangat 'cool' dan bergaya. Padankan dengan kemeja-t
bercorak grafik, 'crop-top' atau jersi untuk efek klasikal gaya jalanan. 

Sensual lutsinar 


Baju lutsinar mencuri tumpuan musim panas ini tatkala digayakan oleh Jungkook dari
kumpulan BTS. Sama ada dipakai secara solo mahupun dipadankan dengan singlet, atau
bersama blazer , baju lutsinar memberi aura sensual serta menyerlahkan sisi versatil gaya
anda mengikut majlis yang dihadiri.

Pop metalik 


Musim ini item berona metalik mencuri tumpuan. Mina dari kumpulan Twice membuktikan
bagaimana penggunaan aksesori metalik mampu menyerlahkan gaya anda. Dia bijak
menyuaipadankan aksesori berkilau seperti emas, perak, atau gangsa dengan pakaian rona
neutral untuk efek yang lebih sofistikated. 

Putih, putih & putih


Lupakan gaya semua hitam, kini masa untuk kelihatan lebih tenang dan lembut dengan
pemilihan pakaian berona putih. Aktor kacak, Cha Eun Woo menunjukan seni memakai
pakaian berlapis dari pelbagai tona warna putih. Kemeja putih dibiarkan butang atas terbuka
dipadankan dengan sut berwarna krim. Namun ada risiko memakai semua putih, berhati-hati
dengan setiap kotoran yang mungkin hinggap di pakaian anda. 

But kombat


Bila bercakap tentang trend fesyen Korea, but kombat antara yang menjadi kegemaran
peminat. Felix dari kumpulan Stray Kids misalnya sering tampil bergaya ala militari di acara
anugerah dan majlis fesyen. Ceduk gaya ranggi Felix dengan memadankan but kombat
dengan pakaian kulit atau gandingkan dengan sesuatu yang lebih feminin seperti gaun
terbelah. 

Denim atas denim


Pernah dianggap gaya yang harus ditinggalkan, tetapi musim ini menyambut kedatangan
semula gaya denim atas denim tatkala Momo dari kumpulan Twice dilihat menyarung jaket
dan celana pendek denim. Rahsia utama untuk menguasi gaya ini  adalah suai padan. Cuba
bereksperimen dengan pelbagai potongan untuk mencapai gaya yang lebih versatil. 

Pertembungan kombinasi


Jaehyun dari kumpulan NCT membuktikan bahawa tidak mengapa untuk melanggar
peraturan dalam bergaya. Tidak lagi dibebani untuk membuat pilihan sama ada gaya floral
mahupun warna terang, pakai sahaja kedua-duanya. Lebih menyerlah lebih bagus!

Artikel asal dari ELLE Singapore.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down