Langgan

Lakaran Malaysia: Perabot Eksklusif yang Mengangkat Seni dan Budaya Tempatan ke Rumah Anda

Hidupkan rumah anda dengan seni Malaysia: Eksklusif, bermakna dan direka untuk gaya hidup moden.
2 minit untuk membaca
Published: January 17, 2026

Bayangkan rumah yang bukan sekadar tempat tinggal, tetapi ruang yang membawa cerita, emosi, dan warisan tempatan ke dalam setiap sudut. Inilah konsep di sebalik Lakaran Malaysia, koleksi terbaharu dari Harvey Norman yang memadukan reka bentuk kontemporari dengan elemen seni dan budaya Malaysia.

Setiap perabot dalam koleksi ini diilhamkan daripada kisah tempatan, pengalaman harian, dan nilai-nilai yang dekat dengan hati rakyat Malaysia, menjadikannya bukan sekadar objek, tetapi karya yang menghidupkan ruang anda.

Seni & Kehidupan Bersatu

Lakaran Malaysia mengangkat perabot sebagai medium seni dan penceritaan, menggabungkan elemen warisan, budaya dan identiti Malaysia moden. Dihasilkan melalui kolaborasi antara Harvey Norman dan Toko Art Gallery, kempen ini menampilkan karya artis tempatan yang menterjemahkan kisah dan emosi ke dalam rekaan perabot kontemporari.

Sebagai pelancaran sulung, The Promised Garden oleh Najib Bamadhaj, membawa tema ketenangan, harapan dan pembaharuan. Dengan bentuk lembut serta simbol rama-rama biru, koleksi ini mencipta suasana tenang yang versatil untuk pelbagai ruang moden.

Perabot Pilihan untuk Rumah Moden

Sorotan Produk Utama

  • WILLOW 3-Seater Fabric Sofa โ€“ keselesaan moden dengan fabrik mesra haiwan peliharaan.
  • CAMELLIA Fabric Armchair โ€“ tempat duduk elegan untuk menenangkan minda.
  • MAPLE Buffet Cabinet โ€“ gabungan fungsi dan estetik, menambah nilai seni kepada ruang penyimpanan.

Selain itu, koleksi ini turut menampilkan barisan perabot lain yang turut menjadi sebahagian daripada rangkaian istimewa ini menzahirkan kehalusan rekaan serta nilai seni tersendiri. Setiap satu daripada rangkaian edisi terhad Lakaran Malaysia ini turut disertakan dengan Sijil Keaslian, menjamin keunikan dan nilai eksklusifnya sebagai karya koleksi yang berharga.

Reka Bentuk Mesra Kehidupan Harian

  • Fabrik Mudah Dibersihkan & Mesra Haiwan Peliharaan: Sesuai untuk gaya hidup moden tanpa kompromi pada estetika.
  • Rangka Kayu Keras dengan Waranti 10 Tahun: Dibina untuk ketahanan jangka panjang dan ketenangan fikiran.

Personalisasikan Rumah Anda

Pilih reka bentuk kegemaran - sofa, armchair atau kabinet dan padankan dengan The Promised Garden I atau II upholstery. Setiap perabot menjadi cerminan peribadi anda sendiri, membawa sentuhan seni Malaysia ke ruang kediaman.

Promosi Pelancaran Eksklusif

Beli mana-mana sofa dari koleksi Lakaran Malaysia sebelum 31 Januari dan dapatkan sepasang bantal The Promised Garden untuk percuma.

Lawati Showroom & Temui Koleksi Penuh

Koleksi terhad ini boleh didapati secara eksklusif di Harvey Norman terpilih:

  • Mid Valley KL Flagship Store
  • KL East Mall, KL
  • Pavilion Bukit Jalil, KL
  • IPC Shopping Centre, Selangor
  • IOI City Mall, Selangor
  • Gurney Plaza, Penang
  • Vivacity Megamall, Kuching
  • Mid Valley Southkey, Johor Bahru

Pertandingan Media Sosial: Menangi Bantal Urut Leher

Ambil gambar bersama koleksi Lakaran Malaysia di stor flagship Mid Valley KL, muat naik foto tersebut ke Facebook dan tag 2 rakan anda, serta gunakan hashtag #HarveynormanMY #LakaranMalaysia. 50 pemenang bertuah akan menerima bantal urut leher secara percuma!

Tempoh peraduan: 16 โ€“ 31 Januari 2026

Di Sebalik Lakaran: Perbualan Eksklusif Tentang Inspirasi Kolaborasi

Untuk mengupas lebih mendalam bagaimana kolaborasi ini tercetus, Lakaran Malaysia turut disokong dengan video temu bual eksklusif yang menampilkan Mark Mah, Pengurus Besar Perabot Harvey Norman Malaysia; artis visual Najib Bamadhaj; serta pengasas bersama TOKO Art Gallery, Farah Liyana.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi perabot Lakaran Malaysia, layari:

https://www.harveynorman.com.my/promotions/lakaran-malaysia.html

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down