Langgan

Senarai Pemenang Golden Globes 2026

Senarai Pemenang Golden Globes 2026
1 minit untuk membaca
Published: January 12, 2026

Perang festival filem kembali lagi menghangatkan awal tahun dengan penghargaan pada penghasilan filem-filem terbaik sepanjang 2025. Golden Globes berlangsung hari ini dengan persaingan sengit filem-filem antarabangsa seperti One Battle After Another, Sentimental Value, Hamnet dan The Secret Agents antaranya yang mencipta momen cemerlang.

Timothee Chalamet mencipta kemenangan perdananya tahun ini menerusi filem biopik Marty Supreme yang membawakan trofi kemenangan Aktor Terbaik bagi kategori Komedi / Muzikal. Tahun ini juga menampilkan kemenangan perdana Jessi Buckley dan Teyana Taylor yang masing-masing membawa pulang trofi bagi kategori lakonan.

Tahun ini juga menyaksikan tahun cemerlang filem bahasa asing yang bersaingn sengit dengan filem berbajet besar Hollywood, Sentimental Value, Voice of Hind Rajb, The Secret Agent dan It Was Jus An Accident hadir memberi satu persaingan yang kuat tahun ini. Berikut pemenang-pemenang bagi kategori filem tahun ini.

SENARAI PEMENANG GOLDEN GLOBES 2026

Filem Cereka Terbaik — Drama: Hamnet
Filem Komedi / Muzikal Terbaik:  One Battle After Another
Filem Animasi Terbaik: KPop Demon Hunters
Filem Bahasa Asing Terbaik: The Secret Agent
Pengarah Filem Terbaik (Drama): Paul Thomas Anderson - One Battle after Another
Lakon Layar Terbaik: Paul Thomas Anderson - One Battle after Another

Gambar: Amy Sussman / Getty Images

Aktor Filem Terbaik (Drama): Wagner Moura (The Secret Agent)
Aktor Filem Terbaik (Komedi / Muzikal): Timothée Chalamet 
Aktres Filem Terbaik (Drama): Jessie Buckley
Aktres Filem Terbaik (Komedi / Muzikal): Rose Byrne (If I Had Legs I'd Kick You)
Aktor Pembantu Terbaik (Drama): Stellan Skarsgård (Sentimental Value)
Aktres Pembantu Terbaik (Drama): Teyana Taylor

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down