Jika anda merancang untuk menyambut 2026 di Kuala Lumpur dengan makan malam istimewa sambil menyaksikan bunga api yang memukau, berikut ialah lokasi terbaik pilihan editorial dari sky dining mewah hingga lounge rooftop yang trendy.
Sky51 di EQ Kuala Lumpur – Party in the Sky
Terletak di tingkat 51 EQ Kuala Lumpur, Sky51 adalah tempat yang sesuai untuk memulakan malam Tahun Baru dengan glamor. Ballroom atas bumbung ini bukan sahaja menawarkan panoramic view bandaraya, tetapi juga suasana pesta dengan DJ live, muzik dan pilihan minuman premium. Gaya elegan dan suasana mewah menjadikannya tempat paling sesuai untuk kumpulkan kenangan Tahun Baru awal lagi sebelum detik midnight.
Fuego – Troika Sky Dining & Latin Flair
Turut berada di bumbung ialah Fuego, sebuah restoran Latin yang terkenal dengan rasa berani dan vibe meriah untuk NYE. Dengan small plates, wagyu dan cocktails signature sambil menunggu langit KL berubah menjadi kanvas fireworks, Fuego adalah pilihan ideal jika anda mahu menu makan malam penuh cita rasa dan menikmati pemandangan cityscape.
Horizon Grill – 58th Floor, Banyan Tree
Untuk pengalaman makan malam yang lebih tenang tetapi tetap mewah, Horizon Grill di Banyan Tree menawarkan panorama KL Tower & Petronas Twin Towers sambil menikmati daging premium dan seafood yang dimasak dengan sempurna. Ia sesuai untuk pasangan atau mereka yang mencari suasana intim namun elegan untuk sambut 2026.
Bar.Kar KL — Intimate Dining dengan Sentuhan Urban Chic
Bagi mereka yang menggemari suasana lebih intimate dan moden tanpa kehilangan elemen eksklusif, Bar.Kar KL menawarkan pengalaman makan malam yang bergaya tepat di tengah kota. Terkenal dengan pendekatan contemporary dining dan menu yang diolah dengan penuh perincian, Bar.Kar menjadi pilihan ideal untuk memulakan malam Tahun Baru dengan elegan sebelum beralih ke detik countdown. Walaupun bukan rooftop tradisional, lokasinya yang strategik menjadikannya spot popular untuk mereka yang mahukan makan malam berkualiti tinggi, suasana sophisticated dan perayaan yang terasa peribadi.
Blackbyrd — Urban Dining dengan Panorama KLCC
Bagi mereka yang mahukan gabungan makanan berkualiti, ruang moden dan lokasi strategik, Blackbyrd di Naza Tower adalah pilihan yang tidak mengecewakan. Menghadap kawasan KLCC, restoran ini terkenal dengan menu fusion kontemporari dan suasana urban yang stylish. Walaupun bukan rooftop sepenuhnya, pemandangannya tetap menawarkan pengalaman visual yang menarik untuk malam Tahun Baru, sesuai untuk makan malam awal sebelum menyambung countdown di sekitar pusat bandar.
Tips untuk NYE di KL
✨ Tempah awal — Sebilangan besar rooftop dan restoran premium habis ditempah jauh sebelum 31 Disember.
✨ Dress to impress — Majoriti tempat mewah ini mempunyai dresscode untuk suasana glamor chic.
✨ Datang awal — Nikmati sunset to midnight glow dan dapatkan spot terbaik untuk fireworks.
✨ Plan transport — Pusat bandar akan sesak selepas midnight; pilih hotel berdekatan jika anda mahu sambung berparti.
