Langgan

'The Age of Analog' Sebagai Fenomena Terbaru Untuk Tahun 2026!

Dunia cetakan dan barangan fizikal kini menjadi satu rebutan!
2 minit untuk membaca
Published: December 29, 2025

Journaling, membaca buku di atas rumput, memetik bunga, mengambil gambar dengan kamera Polaroid. Bukankah semua ini memberikan perasaan yang amat menenangkan? Jika ya, anda bertuah kerana era Analog kini kembali menguasai landskap gaya hidup moden. Selepas bertahun-tahun terperangkap dalam dunia digital dan media sosial, trend kini mula berubah ke arah fizikal dan tangible. Dunia cetakan dan barangan fizikal semakin menjadi rebutan ramai.

Era Analog Kembali Menguasai! 

Fenomena ini jelas kelihatan di media sosial di mana ramai yang menyatakan rasa bosan dengan dunia digital dan mahu kembali ke tahun 2000-an. Wired earphones, CD, iPod serta media bercetak menjadi simbol gaya hidup terkini. Apa yang mendorong perubahan ini? Ramai merasakan bahawa hubungan mereka dengan digital sebenarnya baik tetapi ia boleh menjadi terlalu toxic dan menekan. Mereka mula mencari keseimbangan dengan melibatkan diri dalam aktiviti komuniti, melakukan perkara fizikal dan mengalami pengalaman secara langsung  dan bukannya hanya scrolling TikTok atau memuat naik gambar di Instagram.

Trend ini semakin mendapat sambutan sejak awal 2025. Di media sosial, pelbagai aktiviti mula mencerminkan keasyikan terhadap dunia analog atau aktiviti berkomuniti. Antaranya termasuk pertandingan celebrity look alike, cake picnic, gotong-royong membersihkan pantai dan sesi coffee club. Aktiviti ini bukan sekadar bersifat santai dan menyeronokkan. Ia turut membentuk komuniti tersendiri. Di sinilah penggemar analog berinteraksi, berkongsi minat, dan membina hubungan yang lebih bermakna.

Adakah digital benar-benar ‘over’

Tidak sepenuhnya. Dunia hari ini masih memerlukan kuasa digital, terutamanya dalam era yang serba pantas dan berteknologi tinggi. Namun, ramai mula merasakan bahawa terlalu bergantung kepada digital memberi tekanan, mengurangkan keupayaan mereka untuk menikmati kehidupan sebenar dan menjejaskan kualiti hubungan interpersonal. Mereka mula menilai semula relationship mereka dengan teknologi dan menggunakannya secara bijak dan bukannya membiarkan ia mengawal masa dan kehidupan mereka.

Kebangkitan Media Fizikal

Fenomena kebangkitan media fizikal ini jelas kelihatan melalui minat yang semakin meningkat terhadap barangan fizikal. Majalah bercetak, buku, jurnal dan poster kini kembali mendapat perhatian, malah ramai mula mengumpul cenderahati, kad pos dan koleksi vinyl. Tarikan terhadap media fizikal ini bukan sekadar nostalgia tetapi memberikan pengalaman yang lebih mendalam, memuaskan dan autentik berbanding dunia digital yang sering bersifat sementara.

Subscription: Antara Digital dan Fizikal

Salah satu aspek menarik era ini ialah fenomena subscription. Bagi digital, ramai masih melanggan platform seperti e-book, streaming muzik dan berita online untuk akses mudah dan pantas. Namun bagi penggemar analog subscription juga menjadi popular contohnya seperti majalah bercetak, kotak kejutan barangan seni atau kraf, CD dan vinyl langganan malah servis coffee club fizikal. Trend ini menunjukkan bahawa walaupun manusia kembali kepada fizikal, mereka tetap menghargai kemudahan subscription untuk menguruskan pengalaman mereka dengan lebih konsisten dan berstruktur.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down