Musim perayaan tahun ini diserikan dengan sentuhan elegan dan tradisi abadi oleh Bacha Coffee, rumah kopi lagenda dari Maghribi. Melalui pengalaman perayaan yang penuh kehangatan, Bacha Coffee mengajak pencinta kopi menyelami dunia rasa yang memukau. Di sebalik kedai ikoniknya, aroma kopi Arabika istimewa berpadu indah dengan suasana musim cuti yang sarat magis dan nostalgia.
Seni Pemberian Hadiah Kopi yang Istimewa
Menjadi tumpuan utama musim ini ialah Holiday Morning Coffee 2025 Festive Exclusive, edisi terhad yang direka untuk menceriakan setiap pagi sepanjang Disember. Mengandungi 25 uncang kopi drip individu dan satu untuk setiap hari menjelang musim perayaan. Kopi Arabika 100% ini menawarkan nota rasa coklat susu berkrim dan karamel yang melekat di deria. Dipersembahkan dalam bungkusan merah dan emas yang elegan. Ia bukan sekadar kopi, tetapi satu ritual perayaan yang dinikmati seteguk demi seteguk.

Himpunan Hadiah Perayaan yang Mewah
Bacha Coffee turut memperkenalkan rangkaian hamper perayaan eksklusif, setiap satunya direka dengan teliti untuk meraikan seni kopi dan pemberian hadiah.
Antara pilihan istimewa ialah Season’s Greetings Hamper yang menampilkan Milano Morning Coffee, mug warisan Bacha Coffee serta pelbagai kudapan manis. Ia termasuk biskut kayu manis dan nougat kopi yang sesuai dinikmati bersama.

Bagi pencinta kemewahan, Golden Holiday Hamper tampil menyerlah dengan kopi Grand Moka Matari dari Yemen. Ia turut dilengkapi Parisian Press bersalut emas serta aksesori eksklusif yang menjadikan setiap bancuhan satu ritual istimewa.

Turut mencuri perhatian ialah Holiday Gatherings Hamper, pilihan ideal untuk dinikmati bersama keluarga dan sahabat, lengkap dengan Holiday Morning Coffee kopi Signature Nomad Collection serta sajian manisan perayaan.

Sajian Perayaan di Meja Bacha Coffee
Dari 1 Disember 2025 hingga 4 Januari 2026, Bacha Coffee Rooms Malaysia memperkenalkan menu perayaan khas yang meraikan kehalusan rasa dan seni kulinari. Antara hidangan utama ialah Corn-fed Chicken Truffle Terrine dan Argentine Black Angus Beef Tenderloin with Foie Gras dan diakhiri dengan pencuci mulut istimewa Framboise Chocolate Mousse Cake yang kaya dengan lapisan coklat dan raspberi.


Set menu perayaan ini ditawarkan dengan pilihan kopi istimewa Bacha Coffee menjadikan setiap hidangan satu pengalaman yang memikat deria dan meninggalkan kenangan manis musim perayaan.

