Langgan

Ramalan Trend Kecantikan 2026 Mengikut Pinterest

Galaxy Glam! Neo Deco! Cool Blue!
2 minit untuk membaca
Published: December 26, 2025

Pinterest menjadi peramal trend kecantikan untuk 2026. Dari estetika futuristik, glamor dramatik hingga sentuhan romantik dan playful, ini trend fesyen dan kecantikan yang bakal membentuk gaya tahun hadapan.

Cool Blue

Warnaย icy blueย terus meningkat dalam carian Pinterest, meliputi aesthetic yang dipanggilย glacier aesthetic. Dari rambut hingga makeup dan aksesori:

  • Eyeliner sejuk berwarna biru.
  • Lip gloss transparent dengan rona biru lembut.
  • Trend ini memberi sentuhan futuristik yang tenang dan sophisticated, sesuai untuk mereka yang gemar gaya bersih tetapi berani bermain dengan warna tidak konvensional.

Neo Deco

Gabungan nostalgia Art Deco dan elemen kontemporari mencetus trendย Neo Decoย yang dramatis dan sangat visual:

  • Eyeliner geometrik yang tajam.
  • Warna berkilauan seperti metalik dan perak.
  • Nail art berinspirasikan stained glass.
  • Trend ini memberi peluang kepadaย beauty junkieย untuk mencipta look yang artistik dan seperti editorial, glamorous dan terstruktur.

Galaxy Glam

Trendย Galaxy Glamย melambangkan kecantikan yangย alien-inspiredย dan kosmik:

  • Eyeshadow holografik seperti debu bulan.
  • Highlight berkilau seperti meteorit.
  • Nail art bercahaya seperti galaksi, statement lookย yang seperti keluar dari filem sci-fi.ย 

Wilderkind

Trend ini menangkap estetikaย terinspirasi dari alam, dengan elemen seperti:

  • Motif erinspirasikan flora & fauna.
  • Nail art dengan warna earthy, hijau lembut dan corak garden.
  • Wilderkindย adalah panggilan kepada ekspresi natural tetapi sophisticated, sesuai untuk mereka yang mahu gayaย earthy chic.

Gimme Gummy

Di Pinterest juga muncul trend playful sepertiย Gimme Gummyย yang menampilkan:

  • Jelly blushย dengan tekstur gebu.
  • Nail art 3D dengan elemen berkilau danย playful.
  • Trend ini membawa nuansaย fun, tactile & candy-inspiredย dalam dunia kecantikan.ย 
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down