Langgan

Filem Terbaik 2025 Pilihan ELLE Malaysia

Rangkuman yang terbaik sepanjang tahun dunia perfileman.
2 minit untuk membaca
Published: December 18, 2025

Kebangkitan pembikin filem Asia benar-benar dirasai. Pengarah seperti Jafar Panahi, Yoshida Daihachi dan Park Chan-Wook membuka mata penonton filem global dengan karya matang, berisi dan datang dengan kritikan sosial. Berikut fiem terbaik 2025 pilihan ELLE.

SENTIMENTAL VALUE Ia digerakkan atas satu naratif kekeluargaan yang penuh emosi berbalas peterjermahan yang cukup dekat dengan realiti. Love hate relationship antara seorang ayah dan dua anak gadisnya yang membawa kepada satu konflik, keresahan dan pendamaian yang kental empati dan kasih sayang.

NO OTHER CHOICE Park Chan-wook melakukannya sekali lagi! Filem sarat pesan moral dan kritikan sosial ini bergerak sebagai sebuah satira masyarakat kini, desakan hidup dan pilihan akhir untuk satu kelangsungan hidup. Sejauh ini, ‘No Other Choice’ adalah yang terbaik daripadanya.

IT WAS JUST AN ACCIDENT Jafar Panahi menggugah pengalaman dalam naratif fiksyen yang bergerak atas proses kreatifnya berfikir. It Was Just An Accident sarat dendam, dilema moral dan kritikan sosial dunia penuh penilaian yang salah dan kemanusiaan yang semakin buram.

ONE BATTLE AFTER ANOTHER Menontonnya tidak terasa waktu menghampiri tiga jam. ‘One Battle after Another’ padat dengan penceritaan, aksi dan lakonan yang berkesan. Tidak keterlaluan jika disifatkan ini adalah lakonan terbaik Leonardo DiCaprio sejak The Revenant. 

SORE - ISTRI DARI MASA DEPAN Yandy Laurens sekali lagi membuktikan bahawa idea besar yang dia miliki mampu ditafsir secara cukup komersial di layar lebar. Filem ‘Sore’ mengangkat kisah percintaan dalam lingkaran waktu yang berputar pada destinasi serupa. Kebijaksanaan Yandy dalam menjaga tempo, seni visual dan skrip yang kuat menjadikan filem ini sebagai pengalaman terbaik menikmati filem cinta tahun ini. 

MENCARI RAMLEE  Bergerak sebagai sebuah satira yang berpegang pada idea dan pendekatan berbeza - ‘Mencari Ramlee’ hadir sebagai naskhah luar kotak pembikinan filem tempatan. Ada banyak hal yang harus dijadikan bahan fikir sebelum penonton benar-benar mampu meresapi naratif dan pengolahannya.

 LEFT HANDED GIRL Sean Baker yang tahun lalu membawakankita pesoan Anora bekerjasama dengan pengarah filem Taiwan Tsou Shih-Ching menulis lakon layar Left Handed Girl yang tahun ini menjadi pertaruhan Netflix mewakili pencalonan Oscar bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Melewati kisah gelap seorang ibu tunggal bersama dua anaknya di kota Taipei yang cukup kompleks.

WEAPONS Zach Cregger is the new horror goat. Selepas dengan penghasilan ‘Barbarian’, ‘Weapons’ menjadi satu lagi naskhah yang datang dengan olahan baru penghasilan filem seram yang menolak ideologi klise jumpscare yang klise. Perwatakan, penceritaan dan plot disusun dengan cara baru, pemikiran baru.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down