Langgan

5 Gaya Butterfly Haircut Boleh Cuba Tahun 2026

Tahun baru, rambut baru! Apa kata anda cuba gaya butterfly haircut untuk gaya yang lebih segar tahun hadapan?
2 minit untuk membaca
Published: December 15, 2025

Tahun baru, rambut baru! Apa kata anda cuba gaya butterfly haircut untuk gaya yang lebih segar tahun hadapan?

Semestinya kehadiran tahun baharu membangkitkan keinginan untuk menjadi versi diri yang lebih hebat daripada sebelumnya. Menjelang tahun 2026, sebagai seorang wanita, pasti anda sudah menyediakan moodboard tersendiri untuk matlamat tahun baharu dan sudah tentu, transformasi diri menjadi antara tema utama dalam senarai tersebut. Apabila berbicara tentang transformasi diri, ia membawa maksud keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sebagai contoh, menukar gaya rambut!

Namun begitu, persoalan yang sering bermain di fikiran ialah gaya rambut apakah yang sesuai untuk dicuba pada tahun baharu ini. Pilihan kami sudah tentu butterfly haircut. Gaya ini semakin mendapat tempat sepanjang tahun ini dan menurut jangkaan pakar kecantikan, ia dijangka terus menjadi pilihan ramai pada tahun hadapan.

Bercakap tentang potongan rambut butterfly, setiap kali saya melalui jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, pasti perhatian saya tertumpu pada sebuah papan iklan besar yang menampilkan wajah Jennifer Lawrence. Setiap kali melaluinya, saya tidak dapat menahan rasa kagum melihat gaya rambutnya yang manis dan anggun. Tanpa sedar, pujian pasti terkeluar dari mulut kerana rambut itulah yang benar-benar mencuri perhatian. Saat itu juga saya berkata pada diri sendiri, inilah gaya rambut yang wajar diketengahkan semula. Pasti ada sebab mengapa penata gaya Jennifer Lawrence memilih potongan rambut ini untuk kempen tersebut.

Apa Itu Butterfly Haircut?

Di Hollywood, gaya rambut ini sering menjadi pilihan popular ketika musim panas. Namun di Malaysia, ia sememangnya boleh digayakan sepanjang tahun kerana iklim negara kita yang sentiasa panas. Justeru, trend ini tidak akan lapuk ditelan zaman dan kekal relevan untuk digayakan pada bila-bila masa.

Apakah sebenarnya butterfly haircut? Ia merupakan gaya rambut berlapis yang berat, direka untuk mencipta volume dan pergerakan maksimum, sekali gus memberi ilusi kepak rama-rama. Potongan ini menggabungkan lapisan pendek yang membingkai wajah, diikuti lapisan yang lebih panjang untuk menghasilkan penampilan yang lebih penuh dan berdimensi tanpa perlu mengorbankan panjang rambut keseluruhan. Menariknya, gaya rambut ini tidak memerlukan penjagaan yang rumit dan mudah digayakan oleh semua peringkat umur, terutamanya bagi anda yang mempunyai rambut nipis dan inginkan ilusi rambut yang lebih tebal dan bervolume.

5 Inspirasi Gaya Butterfly Haircut Segar Yang Boleh Anda Cuba

1)Butterfly Bob Haircut

Butterfly Haircut

Selena Gomez

2)Butterfly Bangs Haircut

Sabrina Carpenter

3) Butterfly Long Haircut

Butterfly Haircut

Lisa BLACKPINK

4)Butterfly Medium Hairstyle

Momo TWICE

5)Classic Butterfly Haircut

Butterfly Haircut

Jennifer Lopez

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down