Tambah koleksi alat solek anda dengan produk-produk hebat dan terkini daripada Sisley yang bukan sahaja hadir mencantikkan wajah tetapi juga merawat kulit daripada dalam!

Hujung tahun sering menyajikan deretan koleksi edisi terhad yang memukau, dinanti saban tahun oleh para pencinta kecantikan. Namun, jika anda mula jemu dengan seleksi hujung tahun yang sarat dengan kemeriahan dan sedang mencari sesuatu yang lebih segar dan bernafas baharu, kami punya jawapannya.
Sisley baru-baru ini memperkenalkan rangkaian solekan terbaru mereka, merangkumi primer, bedak tabur sehingga palet mata dengan variasi warna yang memikat. Ayuh selami koleksi eksklusif ini dan temui sentuhan baharu dalam rutinnya.
Lengkapi meja solek dengan tiga item mekap mesti miliki ini!
1. Sisley Phyto-Teint Primers RM450/30ml

Hadir dengan tiga jenis primer yang mana ketiga-tiga berfungsi serta-merta dalam memperindahkan kulit sambil melindunginya daripada pencemaran dan faktor luaran. Setiap formula dirumus untuk meningkatkan kualiti kulit secara menyeluruh langsung memberikan hidrasi segera, mengecilkan penampilan liang pori serta menyerlahkan cahaya semula jadi wajah.
Phyto-Teint Primer Matte dengan tekstur baldu diperkaya ekstrak daun lady’s mantle yang membantu mengetatkan pori dan memberi sensasi lembut, manakala ekstrak tiger nut melicinkan garis halus serta menyokong keanjalan kulit.
Phyto-Teint Primer Glow pula hadir dengan tekstur berona ringan, diperkasa ekstrak kale yang mengembalikan tenaga kulit, meratakan mikro-relief dan meningkatkan kecerahan.
Untuk kulit kusam, Phyto-Teint Primer Correct bertekstur ringan bak mutiara menawarkan perlindungan anti-glycation dengan SPF 25 bagi mengelakkan kekusaman sementara ekstrak gandum einkorn melindungi kulit daripada kerosakan matahari dan berfungsi sebagai color corrector untuk kemasan yang lebih sekata.
2. Sisley Phyto-Teint Poudre Libre RM470

Ini merupakan bedak tabur pertama Sisley yang diformulasi khas untuk memberi hidrasi, memecahkan stigma bahawa bedak tabur cenderung mengeringkan kulit. Diperkaya dengan teknologi mikroemulsi inovatif, ia membekalkan lembapan berterusan untuk kulit yang lebih licin, halus dan bercahaya. Hadir dalam tiga pilihan rona iaitu Shimmer Glow, Translucent Matte dan Rosy Matte. Bedak ini melengkapi dua produk perintis lain dalam rutin asas wajah, membolehkan setiap jenis kulit mencapai kemasan yang diinginkan tanpa sebarang kompromi.
3. Sisley Phyto-Eye Palette RM550

Palet ini menampilkan empat rona yang dipilih dengan teliti dalam tiga kemasan mewah iaitu sparkling, satin juga pusam. Ia direka untuk memberi kebebasan tanpa batas dalam menghasilkan solekan yang boleh dibentuk, ditakrif atau diserlahkan mengikut cita rasa anda. Hadir dalam dua palet rona indah iaitu Tender Toffee, gabungan rona tanah bernada coklat keemasan, serta Bois De Rose, adunan romantik merah jambu juga burgundi. Diperkaya dengan minyak camellia dan moringa, formulanya yang diinspirasikan oleh penjagaan kulit membantu memelihara kawasan kelopak mata yang halus sambil memberikan rona yang segar dan manfaat hidrasi berpanjangan. Dibalut indah didalam kompak emas bergaris zebra elegan lengkap dengan cermin dan aplikator, palet ini menjadi pelengkap sempurna untuk sentuhan semula di mana sahaja.
