Langgan

Alami Keajaiban Dunia Fantasi Musim Perayaan Bersama Coach

Coach Holiday Pop-Up
2 minit untuk membaca
Published: December 10, 2025

Akhir tahun ini, Coach bukan sekadar meraikan gaya tetapi menghadiahkan sebuah pengalaman perayaan yang penuh fantasi, berjiwa dan penuh keajaiban.

Musim perayaan tahun ini diserikan dengan sentuhan magis apabila Coach membuka tirai dunia penuh fantasi menerusi Coach Holiday Pop-Up. Diadakan di tiga lokasi ikonik iaitu The Gardens Mall, The Exchange TRX dan Genting Highlands Premium Outlets. Pop-up ini bermula sekarang hingga 4 Januari 2026.

Ketika berada di The Gardens Mall, ELLE bersama beberapa selebriti dan pempengaruh media sosial tempatan sempat merakamkan momen-momen istimewa di Coach Holiday Pop-Up ini. Antaranya Qasrina Karim, Amy Loh, Amirul Danial, Sharifah Areeqa dan Alex HKF. Mereka hadir cukup bergaya dalam koleksi pakaian dan aksesori Coach terbaharu.

Berinspirasikan hutan musim sejuk yang penuh whimsy, pengalaman ini bukan sekadar destinasi membeli-belah. Tetapi merupakan satu perjalanan deria yang cukup mengasyikkan. Melangkah masuk ke ruang pop-up ini, pengunjung seolah-olah dibawa ke alam dongeng yang dihuni makhluk-makhluk kecil yang misteri. Serta sarat dengan kejutan tersembunyi di setiap sudut.

Aroma pain yang menenangkan memenuhi ruang, disulam dengan kesegaran musim sejuk. Sementara latar bunyi burung berkicau, salji dipijak dan desiran pokok pain membangkitkan rasa damai serta keindahan musim perayaan yang mengasyikkan. Setiap elemen direka untuk membangkitkan rasa kagum, nostalgia dan keterujaan.

Sebagai sentuhan istimewa buat para peminat setia jenama, pengikut @coachseasia di Instagram boleh menebus Polaroid Coach Holiday secara percuma pada hari bekerja. Pada hujung minggu pula, keterujaan diteruskan dengan peluang menyertai cabutan bertuah eksklusif. Ia menawarkan hadiah istimewa seperti pelekat Coach Holiday Puffy, kertas pembalut edisi khas, poskad perayaan, baucar Coach Coffee Shop, serta hadiah utama misteri yang dinanti-nantikan.

Holiday Pop-Up ini berlangsung sehingga 4 Januari 2026, manakala aktiviti giveaway akan diadakan setiap hujung minggu, termasuk hujung minggu panjang Malam Krismas (24โ€“28 Disember 2025) dan Tahun Baharu (31 Disember 2025 โ€“ 4 Januari 2026).

Lokasi Coach Holiday Pop-Up:

๐Ÿ“ The Gardens Mall
๐Ÿ“ The Exchange TRX
๐Ÿ“ Genting Highlands Premium Outlets

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down