Jenama gaya hidup dan fesyen terkemuka Korea Selatan, TOPTEN10 secara rasmi membuat penampilan sulung pembukaan stor Malaysianya Januari 2026 ini. Stor pertama mereka di Malaysia tersebut sah akan berada di Sunway Pyramid.

Lebih menarik lagi, kategori pakaian mereka adalah eksklusif buat mereka yang menggemari penampilan kemas, selesa dan bergaya. Ia juga dicipta khas untuk anda bergaya berpakaian seperti watak utama dalam K-drama kegemaran anda.
Jenama yang dimulakan pada tahun 2012 ini di bawah Shinsung Tongsang Co. Ltd, salah satu nama terbesar Korea Selatan dalam bidang tekstil dan pakaian TOPTEN10 terus berpegang teguh kepada konsep Good Wear.
Dalam erti kata lain, setiap helai pakaian asas yang dijual adalah abadi dan berkualiti tinggi serta tidak berlebihan. Namun begitu dalam masa sama mahu memastikan pembeli dan pemakainya sentiasa kelihatan rapi. Jenama ini hari ini telah pantas menjadi jenama SPA gaya hidup (Peruncit Khusus Pakaian Peribadi) nombor satu di Korea Selatan. Dengan lebih 300 kedai di seluruh negara dan beberapa cawangan turut berjaya dibuka di Filipina, ia menandakan kejayaan perkembangan jenama.
Selain pakaian harian lelaki, wanita dan kanak-kanak, pakaian asas yang selesa dan bergaya serta pakaian kasual dan pakaian aktif turut tersedia. Selanjutnya, disebabkan trend fast-fashion yang cepat berubah, jenama ini turut memberi pemfokusan kepada keselesaan dan kefungsian. Setiap fabrik dan jahitan dipertimbangkan dengan teliti, disokong oleh lebih lima dekad kepakaran daripada syarikat induknya.
Jenama ini juga telah meningkatkan usaha kelestariannya dengan inisiatif seperti:
- Eco-fleece yang dibuat daripada botol plastik kitar semula
- Better Denim yang menggunakan sehingga 71% kurang air
- Kapas rendah karbon dan gentian berasaskan jagung (Sorona) untuk jejak alam sekitar yang lebih kecil
Menjelang pembukaan rasminya pada Januari 2026 di Malaysia, jenama TOPTEN10 akan memberikan sedikit keseronokan pra-pembukaan kepada mereka yang menantikan. Bakal pembeli boleh mengambil swafoto dengan dinding berhias di luar kedai TOPTEN10 yang baharu di tingkat bawah Sunway Pyramid. Seterusnya berkongsi di Instagram Story mereka dan menyertakan bersama akaun @topten10_malaysia dan @sunway_pyramid.
Akhir sekali buat mereka yang datang menunjukkan Instagram Story di dalam kedai semasa tiga hari pertama pembukaan bakal menerima hadiah eksklusif barangan TOPTEN10!
