
Menggabungkan ilham warisan dan tradisi dalam penghasilan cukup kontemporari. Dayang Nur Syafiqah melalui transisi kreatif dengan mengemudi jenamanya sendiri, Oh Dayang.
Siapa anda? Saya mengusahakan jenama aksesori Oh Dayang dengan rekaan berteras warisan kontemporari. Saya menjadikan batik dan kesenian tradisional Melayu menjadi item seni yang boleh diguna pakai.
Adakah apa yang anda lakukan hari ini sebahagian daripada mimpi masa kecil?
Sebenarnya tidak tapi saya selalu tahu saya sangat suka hal berkaitan crafting. Oh Dayang bermula dengan minat dan menjadi fokus kerier saya hari ini.
Hal menarik tentang kerjaya anda? Setiap hari menawarkan pengalaman berbeza dan setiap kali saya harus bertemu dengan komuniti di stor pop-up yang suka dengan hasil yang mereka beli ia memberi kepuasan untuk saya sebagai pereka dan usahawan.
“Saya cenderung untuk berfikir secara visual dan saya juga suka dengan sesuatu yang bersifat praktikal.”

Inspirasi? Surrounded by beautiful things and immersed in an actively creative environment.
Obsesi terkini? Fabrik ikat dan celup batik serta proses mewarnakannya. Saya suka melihat proses penghasilan dan bereksperimen dengan penghasilannya.
Personaliti? Curious, sentimental, and a little chaotic — but in a good way.
Proses kreatif? Selalunya saya akan bermula dengan menyatukan warna dan tekstur sehinggalah ia menjadi sesuatu yang menarik untuk dipersembahkan.
Life mantra If it happens, it happens. Choose your struggle and do your best.
Current state of mind? It’s okay if everything feels all over the place. Growth is never tidy.
Konsep / Penyelaras: Hafizan Mohd
Pembantu penyelaras: Nurhani Natasha
Arahan seni: Iera Nadzlim
Fotografi: Azim Mahayudin / A.M Studio
Penataan gaya: Athirah Zahra / Muzammin Muzlan
Solekan: Ummi Nasir / Alvin Loh menggunakan kosmetik Wardah
Dandanan: Vincent Ting Chee Chai menggunakan produk GHD
