Apa yang dijalani hari ini adalah sesuatu yang mungkin tidak pernah dia jangkakan. Tujuh novel keseluruhan telah ditulis dan diterbitkan dengan penjualan lebih 60 ribu unit menjadikan Charissa Ong antara penulis prolifik tempatan yang penuh aspirasi.
Siapa anda? Saya seorang penulis dan pemilik Penwings Publishing. Pada masa yang sama saya juga merupakan seorang Pengurus Produksi di PlayStation Malaysia.
Adakah apa yang anda lakukan hari ini sebahagian daripada mimpi masa kecil? Tidak langsung. Saya tidak membesar dengan suka membaca sehingga saya diperkenalkan dengan Twilight pada usia 16 tahun. Hari ini saya sudah menulis tujuh buku dengan penjualan lebih 60,000 unit.
Hal menarik tentang kerjaya anda? On the tech side, saya bertuah dapat terlibat dalam projek global yang kadang kompleks namun banyak hal baru saya belajar. Manakala dalam bidang penerbitan pula saya suka untuk meneroka penulis-penulis baru yang mahu berkongsi cerita.
“Misi saya bersama Penwings Publishing adalah untuk berkongsi idea, pengalaman dan pada masa yang sama mahu memupuk minat membaca dan penulisan dalam masyarakat.”
Inspirasi? I read a lot. Membaca memberi inspirasi dan mampu mengembangkan idea dalam cara yang di luar jangka.
Obsesi terkini? K-Pop Demon Hunters! Lagu dan animasinya menakjubkan.
Personaliti? Addicted to learning and unafraid to fail.
Proses kreatif? Jangan tunggu sehingga inspirasi datang untuk menghasilkan sesuatu. Saya juga percaya pada deadline dan disiplin kerja.
Life mantra? Live as if you are going to die tomorrow but learn as if you are going to live forever.
Current state of mind? Sentiasa percaya pada naluri kerana ada banyak hal yang hati anda lebih mengetahui berbanding apa yang anda fikirkan.
Konsep / Penyelaras: Hafizan Mohd
Pembantu penyelaras: Nurhani Natasha
Arahan seni: Iera Nadzlim
Fotografi: Azim Mahayudin / A.M Studio
Penataan gaya: Athirah Zahra / Muzammin Muzlan
Solekan: Ummi Nasir / Alvin Loh menggunakan kosmetik Wardah
Dandanan: Vincent Ting Chee Chai menggunakan produk GHD
