
Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, koleksi Longines PrimaLuna telah menjadi lambang feminin jenama ini serta meraikan kelangsungan penciptaan detik waktu dan kitaran bulan. Rekaan diramu semula pada tahun ini dipertingkatkan segenap aspek estetika dan asas teknikal koleksi ini.
Pengenalan semula koleksi PrimaLuna tahun ini membawakan jenama Longines kepada variasi baru lebih menawan. Koleksi yang tampil dengan teknik yang dipanggil cloisonné membentu dail mother-of-pearl yang cukup mempesona. Kemasan sunray menjadikan ia lebih istimewa.

Dail Cloisonné PrimaLuna Yang Baru
Bagi mempertingkatkan estetika koleksi ini, Longines menggunakan kembali teknik warisan cloisonné pada model dail mother-of-pearl yang menampilkan kaliber automatik eksklusif Longines L899.5 dengan komplikasi moonphase yang dilancarkan awal tahun ini.
Teknik ini melibatkan pembentukan dail — khususnya cincin jam yang digunakan — menggunakan wayar logam halus bagi membentuk dan memisahkan aliran warna sekali gus memperlihatkan kehalusan seni pada penciptaan dail. d
Tersedia dalam pilihan mother-of-pearl biru berkilau dan hijau terang. Dail istimewa ini menjadikan koleksi ini seimbang dalam penciptaan, estetika seni dan teknik yang penuh cerita warisan.
