Langgan

Revolusi Gaya New Balance 204L

New Balance 204L hadir sebagai simbol gaya baharu dihidupkan dengan aura berani Rosalía.
1 minit untuk membaca
Published: November 11, 2025

Siluet Baharu, Tenaga Baharu

Walaupun rekaannya mengingatkan kita pada kasut larian klasik, New Balance 204L bukan sekadar ‘relaunch’, tetapi siluet baharu yang direka khas untuk peminat gaya hidup urban hari ini. Kasut ini menampilkan rekaan low-profile dengan bahan suede premium berlapis dan embossed overlays yang memberikan tekstur serta karakter tersendiri.

Ciri paling unik? Tapak luarannya menggabungkan “strike path” era 2000-an dengan corak tapak gaya ’70-an, menghasilkan keseimbangan menarik antara bentuk dan fungsi.

Rosalía: Wajah Baharu Semangat 204L

Kempen global 204L turut menampilkan Rosalía, penyanyi dan ikon fesyen Sepanyol yang kini menjadi duta global New Balance. Diperkenalkan pada Julai 2025, kolaborasi ini menonjolkan keperibadian Rosalía yang berani dan eksperimental sama seperti DNA reka bentuk 204L itu sendiri.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down