Longchamp memperkenalkan satu dimensi baharu dalam seni personalisasi dengan pelancaran My Pliage Signature, sebuah platform eksklusif dalam talian yang membolehkan setiap individu mereka bentuk beg yang benar-benar mencerminkan keperibadian dan gaya tersendiri.

Dilancarkan pada Oktober 2025, My Pliage Signature menawarkan pengalaman kreatif tanpa batasan, di mana setiap pilihan menjadi cerminan diri. Melalui platform ini, pengguna bebas mencipta beg yang sepadan sempurna dengan gaya hidup mereka, dari beg kembara hingga tote, beg mini hingga sarung komputer riba.
Peminat Longchamp boleh memilihan palet warna yang variasi. Daripada rona klasik hingga warna trend semasa yang menonjol untuk menjadi kanvas sarat imaginasi. Reka bentuk ini boleh dihiasi dengan motif eksklusif seperti jalur grafik dan bentuk hati yang playful, menjadikan setiap beg unik dan personal.
Personalisasi Tanpa Sempadan

Setiap personalisasi boleh dipilih ikut selera hati. Dari inisial dalam pelbagai gaya, kemasan kulit, hingga logam perhiasan dalam pilihan warna berbeza untuk sentuhan elegan yang tersendiri. Pada penutup beg, teknik hot-stamping menyerlahkan kepakaran kulit Longchamp, manakala di bahagian dalam, mesej khas seperti “Always with you”, “A star is born, Zoé 2025” atau “Dare to dream” menambah sentuhan peribadi yang penuh makna.
Selari dengan komitmen Longchamp terhadap kelestarian, setiap beg My Pliage Signature dihasilkan made-to-order di Segré, Perancis. Bahan yang digunakan ialah poliester 100% kitar semula. Ia diperbuat daripada botol plastik terpakai. Dengan teknologi cetakan yang mesra alam, warna kekal terang dan motif terperinci. Ini bukti bahawa tanggungjawab terhadap alam sekitar dan kecemerlangan rekaan boleh berjalan seiring.
Ikon Sepanjang Zaman

Direka oleh Philippe Cassegrain pada tahun 1993, Le Pliage® telah menjadi simbol global gaya Perancis. Diilhamkan oleh seni origami Jepun, beg yang boleh dilipat ini memadukan fungsi dan keanggunan. Ia ringan, praktikal dan moden. Selama lebih tiga dekad, Le Pliage® terus berevolusi melalui kolaborasi artistik dan kemampuan menyesuaikan diri dengan era baharu dari generasi ke generasi.
Kini, dengan My Pliage Signature, ikon ini bertransformasi sekali lagi menjadi lebih peribadi, lebih berani, lebih kreatif, dan lebih lestari. Alami pengalaman personalisasi My Pliage Signature di https://www.longchamp.com/my/en/my-pliage-signature.html
