Langgan

ELEMIS Berganding Dengan Pasukan F1 Aston Martin Aramco

Era baru kecantikan dan prestasi
2 minit untuk membaca
Published: October 21, 2025

Satu era baru bergema dari litar perlumbaan apabila jenama penjagaan kulit mewah Britain ELEMIS, mengumumkan kerjasama rasmi dengan pasukan F1 Aston Martin Aramco.

Perkongsian bersejarah ini menandakan permulaan bab baru dalam dunia inovasi dan kecemerlangan. Ia menyatukan kepakaran lebih 30 tahun ELEMIS dalam penjagaan kulit berasaskan sains dengan kehebatan pasukan Aston Martin Aramco.

Gabungan dua nama ikonik ini bukan sekadar melambangkan prestasi dan keanggunan. Ia turut menzahirkan komitmen bersama terhadap inklusi, kesejahteraan dan amalan lestari dalam landskap Formula 1 yang dinamik. Pada tahun pertamanya, peminat bakal menikmati pelbagai pengalaman eksklusif termasuk koleksi produk ELEMIS edisi khas serta pengalaman spa mewah di Aston Martin Aramco Paddock Club Suite. Lengkap dengan rawatan ‘pit stop’ yang direka khusus untuk menyegarkan minda dan tubuh.

Wanita Mengemudi Litar dan Dunia Kecantikan

Sebagai langkah berani ke hadapan, ELEMIS melantik Jessica Hawkins duta pemandu Aston Martin Aramco Formula One dan Ketua F1 Academy sebagai duta jenama rasmi mereka. Dalam peranan barunya ini, Hawkins meneruskan perjuangan meningkatkan penyertaan wanita dalam Formula 1. Beliau menjadi inspirasi kepada generasi baru wanita untuk menguasai dunia permotoran dengan penuh keyakinan dan gaya.

Koleksi Pro-Collagen: Ikon Prestasi dan Kecantikan

Untuk kolaborasi rangkaian ELEMIS Pro-Collagen, yang digerakkan oleh Padina Pavonica algae, bahan semula jadi dengan keupayaan anti-penuaan terbukti secara klinikal. Produk unggulnya, Pro-Collagen Marine Cream, melambangkan dedikasi ELEMIS terhadap penjagaan kulit mewah berasaskan sains dan keajaiban alam semula jadi.

Rangkaian Pro-Collagen Range Heroes terdiri daripada empat produk utama yang kini menjadi bintang dalam kerjasama ini:

  • Pro-Collagen Cleansing Balm
    Pembersih bertekstur lembut ini membersihkan secara mendalam sambil melembut dan menyuburkan kulit. Dengan haruman aromaterapi Lavender, Geranium dan Eucalyptus.

  • Pro-Collagen Rose Micro Serum
    Serum ringan ini membantu menguatkan lapisan perlindungan kulit serta memberikan kesan plumping dan penghidratan yang intensif.

  • Pro-Collagen Marine Cream
    Krim gel unik ini terbukti mengurangkan tanda penuaan dalam masa dua minggu, memberikan kulit yang lebih tegang, halus dan lembap.

  • Pro-Collagen Overnight Matrix
    Krim malam berkuasa tinggi yang bekerja ketika anda tidur memulihkan keanjalan dan kelembapan kulit untuk penampilan yang segar keesokan harinya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down