Langgan

Bicara ELLE Bersama Ummi Nasir

Daripada tip kecantikan hingga trend kegemaran, temui segala yang disukai Ummi di sini.
2 minit untuk membaca
Published: October 25, 2025

Dikenali sebagai jurusolek dan tenaga pengajar dalam bidang solekan serta analisis warna, personaliti ramahnya membuatkan sesi bersamanya terasa begitu selesa. Sentuhan mekapnya turut menjadi pilihan wanita moden kini. Selami tip kecantikan, trend kegemaran dan segala perkara yang digemarinya!

Satu produk kecantikan that you can’t live without

Moisturizer! My skin really needs it! Kunci kepada kulit yang cantik adalah memastikan kulit sentiasa hidrat dan lembap.

Trend fesyen atau gaya tertentu yang menjadi obsesi kini? 

I suka gaya minimal, tapi kebelakangan ini I mula bereksperimen dengan corak. Ia beri satu tahap keyakinan yang berbeza dan I suka perasaan itu. 

Minuman kegemaran yang akan dipesan ketika di kafe?

Semestinya iced latte! I perlukan kafein hahaha.

Siri ‘With Love, Meghan’ di Netflix

Buku, podcast atau rancangan TV terbaru yang menarik perhatian anda?

‘With Love, Meghan’! Memang rasa tenang melihat Meghan hasilkan kraftangan, berkebun dan memasak. I pun ada cuba beberapa resipinya. Berhasil dan sedap hahaha!

Tempat ‘escape’ kegemaran anda?

Pickleball court! Di situlah I lepaskan semua stres. Seronok bermain dengan kawan-kawan dan memang boleh naikkan mood sepanjang hari!

Lagu yang boleh anda dengari berulang kali?

‘Berbunga-bunga’ oleh The Groove feat Tiara Effendy. Suami I pun dah kenal sangat, kalau suka lagu tu, I akan ulang berhari-hari.  

Trend solekan yang anda sarankan untuk wajah asia?

Serlahan semula jadi adalah kunci untuk menaikkan keunikan wajah Asia kita. Cuaca panas dan lembap sesuai dengan asas solekan ringan seperti skin tint dan bedak asas serum untuk ‘healthy glow’

 

Lisa Eldridge, ikon kecantikan Ummi

 

Siapa ikon fesyen atau kecantikan anda dan kenapa?

Lisa Eldridge. I ikut dia di YouTube sejak 10 tahun lalu, solekan signature dan stailnya telah mempengaruhi gaya solekan I hingga sekarang!

Warna eyeshadow kegemaran anda musim ini?

I suka solekan bronzy, ia beri dimensi dan menyerlahkan fitur wajah. Eyeshadow kegemaran adalah Curator Eyeshadow Palettes daripada Hourglass, gabungan warna matte dan shimmer yang sempurna dalam satu palet!

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ummi Nasir MUA|COLOUR ANALYST (@makeupbyumminasir)

 

Apakah kesalahan dalam solekan yang paling biasa dilakukan?

Wrong undertone and not blending contouring! Bukannya menyerlahkan wajah, ia buat solekan nampak tebal, tidak semula jadi dan kelihatan lebih tua.

Item yang akan dibawa setiap kali keluar rumah?

Lipstik sentiasa menjadi item penting untuk menceriakan penampilan. Walaupun pada hari-hari malas, satu sapuan lipstik sudah cukup untuk buat kita rasa lebih bersiap walaupun tanpa solekan penuh. Setiap kali keluar, mesti ada tiga ke empat lipstik dalam beg tangan hahaha!

 

Pickleball bersama rakan-rakan

 

Jenama pakaian pilihan untuk membeli-belah?

Kini, I peminat Lacoste! Sangat versatil, boleh pakai untuk bermain pickleball dan juga untuk aktiviti kasual. Kainnya juga tahan lasak.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down