Langgan

UNIQLO Rai ‘The Art and Science of LifeWear’ di Kota New York

LifeWear Day di New York City
2 minit untuk membaca
Published: September 24, 2025

UNIQLO meraikan seni dan sains LifeWear dalam acara eksklusif ‘The Art and Science of LifeWear’ di MoMA, New York City yang dihadiri duta jenama global terbaharu, Cate Blanchett.

Mitsuo Ohya, Roger Federer, Clare Waight Keller, Tadashi Yanai, Cate Blanchett, KAWS dan John C. Jay

Kota New York menjadi latar buat LifeWear Day edisi tahun ini. Acara istimewa di Museum of Modern Art (MoMA), New York City ini bersempena ulang tahun ke-20 sejak UNIQLO mula membuka stor pertama mereka di Amerika Syarikat. Bertema ‘The Art and Science of LifeWear’, acara ini dianjurkan bersama rakan teknologi strategik UNIQLO, Toray Industries, dan mempersembahkan teknologi unik serta inovasi di sebalik LifeWear. 

Acara tahunan ini turut menyorot pelbagai kerjasama yang memacu evolusi LifeWear, termasuk penampilan sulung Cate Blanchett sebagai duta jenama global terbaharu. Serta pengumuman mengejut mengenai pelantikan artis kontemporari, KAWS sebagai Artist In Residence pertama buat UNIQLO.

uniqlo lifewear

“Hari ini menandakan ulang tahun ke-20 pembukaan kedai pertama UNIQLO di Amerika Syarikat pada tahun 2005. Pada ulang tahun ini, saya berbangga kerana dapat mempersembahkan LifeWear di Museum of Modern Art. Ikon New York yang telah menjadi rakan kongsi UNIQLO selama lebih 10 tahun. Sejak pelancaran UNIQLO, misi kami adalah untuk memperbaiki masyarakat melalui pakaian. LifeWear mewakili misi tersebut, dibina atas asas kukuh kerjasama kami dengan Toray. Kami akan terus bekerjasama dengan Toray untuk mengantisipasi perubahan gaya hidup, mencipta pakaian yang melangkaui kebiasaan, serta memberikan pelanggan di seluruh dunia pakaian yang benar-benar bernilai dan bermakna,” kata Pengasas UNIQLO merangkap Pengerusi, Presiden & CEO Fast Retailing, Tadashi Yanai.

“Toray mula menjalinkan kerjasama dengan UNIQLO pada 1999, dan membentuk perkongsian strategik pada 2006. Matlamat bersama kami ialah mencipta pakaian yang menjadikan kehidupan semua orang lebih baik. Untuk menghasilkan LifeWear ikonik yang memikat dunia, kami terus komited menolak sempadan teknologi dan membuka potensi material bagi menghadirkan nilai baharu,” ucap Presiden Toray Industries, Inc., Mitsuo Ohya.

Roger Federer

Selepas ucapan pembukaan, berlangsung pula perbincangan panel khas yang menampilkan bintang tenis, Roger Federer dan Cate Blanchett selaku duta jenama global UNIQLO terbaharu. Lebih istimewa ia dikendalikan sendiri oleh Pengarah Kreatif UNIQLO iaitu Clare Waight Keller. Ini merupakan penampilan awam pertama Cate Blanchett dalam peranan baharunya selepas pelantikan pada bulan Ogos lalu. Dalam perbualan penuh bertenaga, mereka berkongsi perspektif tentang kehidupan dan LifeWear. Mereka membincangkan gaya, makna kerjasama mereka dengan UNIQLO, serta keterujaan terhadap masa depan jenama ini.

“Ia tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan untuk memiliki pakaian berkualiti tinggi dan dibuat dengan baik. Dan saya rasa itu sudah menjadi DNA jenama UNIQLO,” kongsi Cate Blanchett. 

kaws
KAWS

Sebelum penutup acara, UNIQLO mengumumkan pelantikan KAWS sebagai Artist in Residence pertama. KAWS berkongsi tentang peranan baharunya yang akan memperkayakan inisiatif seni UNIQLO di stor-stor seluruh dunia dan bersama pelbagai rakan muzium jenama ini. KAWS juga akan terlibat dalam pembangunan produk LifeWear masa hadapan, dengan koleksi pertama dijangka dilancarkan pada musim luruh/dingin 2025.

Mira Filzah
Mira Filzah

Pelakon Malaysia, Mira Filzah antara tetamu yang diterbangkan khas untuk menyerikan acara kali ini. Tetamu jemputan turut dijemput untuk meneroka pameran interaktif yang menampilkan tiga tonggak utama LifeWear:

Technology For All – kolaborasi inovatif antara UNIQLO dan Toray.

Art For All – generasi seni seterusnya kerjasama UNIQLO dengan MoMA.

Heart For All – komitmen UNIQLO dalam memperbaiki kehidupan masyarakat global melalui LifeWear.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down