Dari inovasi produk kecantikan couture hingga wangian ikonik yang memikat, inilah 5 produk kecantikan pilihan ELLE minggu ini: kurasi eksklusif yang menjanjikan glamor, prestasi dan sentuhan mewah untuk rutin harian anda.
1. Anastasia Beverly Hills Microstroke Brow Pen
Anastasia Beverly Hills sekali lagi menetapkan standard baharu dengan pelancaran MicroStroke Brow Pen. Hujungnya yang tiga kali lebih halus daripada Brow Pen asal membolehkan sapuan sehalus helaian rambut untuk kening yang tampak semula jadi, namun tetap rapi dan terukir. Dengan formula kalis air yang tahan sehingga 24 jam serta pilihan sembilan rona ikonik ABH, ia sesuai untuk semua jenis kening daripada jarang hingga penuh. Lebih menarik, MicroStroke Brow Pen hadir sebagai pena kening pertama dengan spoolie terbina dalam, menjadikan aplikasi kening lebih mudah, selesa dan profesional, walau apa jua tahap kemahiran anda. Dijual eksklusif hanya di sephora.my.
2. Koleksi Deodoran OUAI
Deodoran anda mendapat sentuhan baharu. Memperkenalkan Koleksi Deodoran OUAI yang bebas aluminium, bebas baking soda dan diperkaya dengan ramuan mesra kulit untuk keselesaan, hidrasi serta kesegaran sepanjang hari. Dengan sekali sapuan, anda bukan sahaja terasa segar, tetapi juga meninggalkan impresi yang sukar dilupakan.
Hadir dalam tiga pilihan aroma ikonik: Cape Town yang segar dan bertenaga, Melrose Place yang romantis dan berlapis floral, serta St. Bartsyang tropika penuh percutian. Setiap satu direka sebagai “invisible armor” anda: sapuan jelas tanpa kesan, kawalan bau sehingga 24 jam dan rasa mewah dalam rutin harian.
Koleksi Deodoran OUAI boleh didapati secara eksklusif di Sephora seluruh negara dan di sephora.my.
3. Kosas DreamBeam SPF 40 PA ++++
Bayangkan pelindung matahari yang bukan sekadar melindungi, tetapi juga serasi sempurna dengan solekan anda. Kosas DreamBeam SPF 40 PA++++ ialah mineral sunscreen baharu yang bebas silikon dan diperkaya dengan ceramide serta peptida untuk melembap, meratakan tekstur dan mencerahkan kulit sekaligus mencipta asas solekan yang anda idamkan. Dengan 21.7% non-nano zinc oxide, ia memberikan perlindungan UV spektrum luas yang optimum sambil menyatu lembut ke dalam kulit. Hadir dalam dua tona: DreamBeam Original dengan sentuhan peachy-pink untuk meneutralkan kesan biru zinc oxide dan DreamBeam Sunlit dengan semburat keemasan untuk kilauan percutian. Sama ada sebagai asas solekan ataupun dipakai pada kulit polos, hasilnya tetap radiant, effortless dan elevated. Produk ini boleh didapati di Sephora, sama ada di stor, aplikasi app dan laman web.
4. Wangian FUGAZZI Fragrances "Sugardaddy"
Jenama haruman Amsterdam, FUGAZZI Fragrances kini rasmi tiba di Kuala Lumpur dengan debut eksklusif bersama TROVE. Diasaskan pada tahun 2018 oleh pengasas dan perfumer Bram Niessink selepas perjalanan budaya ke Mesir, FUGAZZI terinspirasi daripada mitos Cleopatra yang memikat Caesar hanya dengan aroma minyak wangi yang mempesona. Nama “FUGAZZI”, adaptasi nakal daripada perkataan fugazi yang bermaksud ilusi, mencerminkan semangat avant-garde serta sifatnya yang berani mencabar definisi mewah tradisional.
Antara koleksi uniknya, “Sugardaddy” muncul sebagai bestseller, sebuah haruman memikat dengan kombinasi sensual kayu, nota manis yang halus dan lapisan hangat yang mencipta aura karisma serta keyakinan untuk menarik perhatian, namun cukup sofistikated menjadikannya pilihan kegemaran ramai.
5. YSL Beauty All Hours Glow Foundation
Bersedia untuk kilauan tiada tandingan dengan inovasi terbaharu dari YSL Beauty All Hours Glow Foundation. Alas bedak berasaskan serum ini ibarat gabungan solekan couture dengan sains kecantikan moden, memberikan sentuhan flawless yang disempurnakan dengan cahaya semula jadi. Diperkaya dengan pigmen menyerupai kulit, ia menyatu lembut untuk efek kulit kedua yang segar, ringan dan bertahan lama. Hadir dalam 40 rona menawan, All Hours Glow Foundation memastikan padanan sempurna dengan seri ekstra yang menyerlahkan pesona dengan 78% formula berasaskan serum.
Dapatkan koleksi ini di butik YSL Beauty dan juga secara online di yslbeauty.com.
