Langgan

MSI Prestige 13 AI+ Ukiyo-e Edition: Apabila Teknologi Bertemu Seni

Gelombang seni Jepun di hujung jari anda.
2 minit untuk membaca
Published: October 10, 2025

Sebuah Komputer Riba, Sebuah Karya Seni

Dalam landskap fesyen dan seni kontemporari, nama Katsushika Hokusai tidak pernah pudar. Karyanya yang paling ikonik, The Great Wave off Kanagawa, bukan sekadar sebuah cetakan kayu (ukiyo-e) dari abad ke-19, tetapi simbol yang merentas sempadan budaya, dari sejarah seni Barat hingga pop culture moden. Gelombang Hokusai telah mengilhami Picasso, Debussy, malah jenama-jenama fesyen mewah yang menjadikannya sebagai kod visual bagi ketenangan, kuasa dan keindahan yang abadi.

Kini, MSI yang merupakan jenama terkemuka dunia dalam teknologi komputer berprestasi tinggi menyemarakkan warisan itu dengan mempersembahkan Prestige 13 AI+ Ukiyo-e Edition, edisi terhad yang hanya hadir sebanyak 2,000 unit di seluruh dunia. Ia bukan sekadar sebuah komputer riba, tetapi sebuah karya kolektibel yang menggabungkan kehalusan seni tradisi Jepun dengan inovasi teknologi AI paling mutakhir.

Sentuhan Seni Jepun: Ombak Agung Kanagawa

Bahagian penutup komputer riba ini menjadi titik fokus utama, dihiasi dengan teknik tradisional lacquerware Yamanaka oleh artisan legenda dari OKADAYA. Rekaannya menampilkan Ombak Agung Kanagawa, karya seni paling ikonik dalam sejarah Jepun. Proses pembuatannya pula memerlukan lapan lapisan sapuan lacquer, dilaksanakan dengan penuh teliti sehingga tiada dua unit yang serupa.

Kolektibel Kontemporari

Dengan harga RM7,799, edisi ini bukan hanya tentang prestasi, tetapi pertembungan idea: seni klasik yang hidup kembali dalam bentuk teknologi moden. MSI berjaya menjadikan komputer riba sebagai simbol cita rasa seakan beg tangan ikonik atau jam tangan mewah yang melampaui fungsi kepada manifestasi gaya hidup.

Dalam dunia di mana fesyen dan teknologi semakin bertaut, Prestige 13 AI+ Ukiyo-e Edition membuktikan bahawa sebuah karya seni tidak hanya terpamer di dinding galeri, tetapi juga boleh hadir di hujung jari kita, sebuah kolektibel kontemporari untuk jiwa yang menghargai keindahan dan inovasi.

Ketersediaan di Malaysia

MSI Prestige 13 AI+ Ukiyo-e Edition kini boleh dipra-tempah di Malaysia sehingga 26 September 2025 dan setiap pembelian disertakan USB-C Docking Station Gen 2 secara percuma. Dengan bilangan yang sangat terhad, ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk memiliki gabungan teknologi AI dan seni klasik Jepun dalam satu bentuk ultraportable.

Untuk membuat pra-tempahan MSI Prestige 13 AI+ Ukiyo-e Edition, anda boleh berkunjung ke kedai konsep MSI berikut:

  • MSI Concept Store @ Mid Valley Megamall
  • MSI Concept Store @ Plaza Low Yat (Lot.G.026)
  • MSI Concept Store @ Plaza Low Yat (G-003A)
  • MSI Concept Store @ IOI City Mall Putrajaya
  • MSI Concept Store @ Vivacity Megamall Kuching

Anda juga boleh melayari kedai dalam talian MSI di pautan berikut: MSI Online Store

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down