Langgan

Dunia Baru Longines Bersama Jennifer Lawrence

Keanggunan PrimaLuna milik Jennifer Lawrence
1 minit untuk membaca
Published: September 1, 2025
Jennifer Lawrence menyarung PrimaLuna yang terkini daripada Longines

Longines membawakan koleksi PrimaLuna yang diperbaharui sebagai penjelmaan semula yang mengangkat falsafah jenama bahawa keanggunan sejati sentiasa berevolusi. Diinspirasikan daripada edisi pertamanya, setiap perincian dicipta dengan penuh ketelitian.

Daripada siluet bekas yang lebih halus, paparan tarikh baru dalam komplikasi fasa bulan, sehinggalah kemahiran gemilang dalam seni tatahan batu permata. Kemahiran pertukangan diciptakan lebih istimewa dengan menampilkan dail mutiara biru yang disempurnakan dengan bezel berhias 48 batu nilam terpilih.

Longines 'PrimaLuna' Yang Baru

Transformasi visual PrimaLuna bermula dengan penciptaan bekas 34 mm yang diberi nafas baru. Lengkungan halus pada permukaan berbentuk kubah menghasilkan satu permainan cahaya dan bebayang yang menyerlahkan keanggunan jam tangan ini.

Crown pula bergerak sebagai pernyataan puitis yang mana bentuknya diilhamkan daripada bulan purnama. Sementara ukiran bulan sabit yang mengelilingi permukaannya menciptakan satu sentuhan deria yang berkait langsung dengan komplikasi langit di dalamnya.

Apa yang ditawarkan kali ini adalah penghasilan daripada material keluli tahan karat yang menjadi satu kombinasi dua bahan utamaniaitu berlian dan batu nilam. Setiap ketelitian penciptaan bekas mengekalkan kedudukan dan kehalusan koleksi ini dalam memberikan pentafsiran mewah.

Menerusi kempen terbaru PrimaLuna, Duta jenama ini. Jennifer Lawrence menjelmakan ikatan mesra antara tradisi dalam penciptaan bersama ilham kemodenan. Kempen ini dirakam di sebuah rumah opera yanb ikonik dalam satu suasana pengalaman sinematik.

Kecantikan semula jadi dan perwatakan Jennifer Lawrence dipancarkan menerusi kempen ini dalam menzahirkan definisi keanggunan sejati disatukam dalam makna detik waktu yang benar-benar mentafsir keperibadian individu.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down