Langgan

Mun KaYoung Singgah ke Kiosk Dolce & Gabbana Kuala Lumpur!

Mun KaYoung sempat berkunjung ke kiosk kecantikan Dolce&Gabbana di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini sempena lawatannya ke Malaysia! Cantik dan mesra melayan tetamu dan peminat yang hadir!
2 minit untuk membaca
Published: August 21, 2025

Mun KaYoung sempat berkunjung ke kiosk kecantikan Dolce&Gabbana di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini sempena lawatannya ke Malaysia! Cantik dan mesra melayan tetamu dan peminat yang hadir!

Bersempena pembukaan kiosk kecantikan kedua di Pavilion Kuala Lumpur pada April yang lalu, Dolce&Gabbana kembali mengukuhkan kehadirannya melalui penganjuran sebuah acara eksklusif yang telah pun berlangsung baru-baru ini. Acara yang cukup istimewa ini telah menerbangkan Duta Global mereka yang juga merupakan pelakon wanita popular Korea Selatan, Mun KaYoung. 

Mun KaYoung

Kehadiran Mun KaYoung disambut meriah oleh barisan media, pempengaruh digital dan juga peminat yang setia menanti sepanjang hari. Kiosk yang direka ikonik dalam gabungan rona hitam juga emas, pencahayaan hangat serta dekorasi elegan melengkapkan rasa mewah buat pelanggan yang berkunjung ke sini. 

Di kiosk Dolce&Gabbana ini, para pengunjung boleh meneroka ruang Makeup Wardrobe yang dibahagikan kepada empat bahagian utama seperti Fresh Look, Classic Look, Flawless juga Bold look. Ada juga ruang lain seperti Fresh Skin Collection yang baharu dilancarkan untuk mereka yang mencari rutin pra solekan buat kulit yang berseri dan cantik. Bagi mereka yang ingin menelusuri perjalanan olfaktori jenama ini, pengunjung juga boleh mendekati pelbagai wangian ikonik juga koleksi Velvet eksklusif.

Bersempena pembukaan kiosk kecantikan keduanya di Pavilion Kuala Lumpur pada April yang lalu, Dolce&Gabbana kembali mengukuhkan kehadirannya di Malaysia menerusi penganjuran sebuah acara eksklusif yang berlangsung baru-baru ini. Acara penuh glamor ini turut menyaksikan kehadiran Duta Jenama Global mereka yang juga pelakon popular Korea Selatan, Mun KaYoung, yang mana diterbangkan khas bagi meraikan momen istimewa ini.

Mun KaYoung

Kehadiran Mun KaYoung disambut dengan penuh meriah oleh wakil media, pempengaruh digital serta para peminat yang setia menanti seawal pagi. Direka dengan sentuhan ikonik dalam gabungan rona hitam dan emas, diserikan lagi dengan pencahayaan hangat dan dekorasi mewah, kiosk ini mencipta suasana eksklusif yang menggamit setiap pengunjung.

Di kiosk Dolce&Gabbana Beauty, para pengunjung berpeluang meneroka ruang Makeup Wardrobe yang menampilkan pilihan produk mengikut empat gaya utama daripada seri semula jadi Fresh Look, keanggunan abadi Classic Look, sentuhan sempurna Flawless Look, hinggalah kepada ekspresi berani menerusi Bold Look. Turut diperkenalkan di kiosk ini ialah ruang Fresh Skin Collection, koleksi baharu yang di rumus khusus sebagai rutin pra solekan untuk kulit yang sihat dan berseri.

Bagi pencinta wangian pula, kiosk ini turut menampilkan pilihan haruman ikonik jenama ini serta koleksi eksklusif Velvet Collection, yang membawa pengunjung menyelusuri perjalanan olfaktori yang mewah dan penuh karakter.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down