Dengan kulit yang berseri dan raut wajah bagaikan anak patung, tidak sukar untuk melihat mengapa Chaeyoung daripada TWICE dipilih sebagai wajah kempen ‘Fresh Look’ oleh DOLCE&GABBANA BEAUTY. Walaupun Chaeyoung merupakan antara anggota termuda kumpulan K-pop itu, personalitinya yang berdikari menyerlahkan sisi matang yang melangkaui usia. Chaeyoung hadir sebagai refleksi kepada falsafah ‘Makeup Wardrobe’ jenama tersebut yang meraikan kecantikan sebagai ekspresi diri yang autentik, bebas, berani dan sentiasa berevolusi.

Mulakan solekan dengan Bergamot Glow Primer untuk melicinkan tekstur kulit, kemudian sapukan lapisan nipis Rose Glow Cushion dalam rona 2N bagi menghasilkan asas solekan yang segar dan terhidrat. Gunakan rona coklat lembut daripada Ever Icon Eye Palette dalam 01 Amber Venus untuk memberi efek kontur halus pada kelopak mata. Sapukan Cherry Glaze Bar dalam rona 04 Sunny Red pada pipi untuk menyegarkan muka, kemudian akhiri dengan Rose Dew Lip Bite dalam rona 04 Flirty Red pada bibir.
Sifat individualistik dan kejujurannya turut diterjemahkan menerusi album solo pertamanya yang dilancarkan pada tahun 2025. Berjudul ‘Lil Fantasy Vol. 1’, album yang memuatkan 10 buah lagu itu diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya sendiri, menyentuh tema kesunyian menerusi ‘BF’, hubungan toksik dalam ‘Band-Aid’ serta kebebasan diri melalui ‘Shadow Puppets’. Walaupun mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan, album tersebut menjadi karya yang amat dibanggakannya. “Saya mahu benar-benar memperlihatkan siapa ‘Chaeyoung’ sebagai seorang individu kerana ini ialah album solo pertama saya,” katanya.
Menariknya, penyanyi dan rapper kelahiran Korea Selatan itu turut terlibat dalam penulisan serta susunan hampir keseluruhan trek dalam album berkenaan. Apabila ditanya sama ada dia begitu teliti merancang setiap perincian sepanjang proses penghasilannya, Chaeyoung hanya tertawa kecil. “Tidak langsung. Saya sangat spontan,” ujarnya. “Dalam kira-kira dua daripada tiga tahun itu, saya sekadar berkarya bersama rakan-rakan dan membina portfolio sendiri.” Antara yang terlibat termasuk penyanyi-penulis lagu Sumin serta rapper-penyanyi-penulis lagu Jibin daripada Y2K92 yang membantunya menghasilkan lagu ‘Ribbons’.
Dalam soal kecantikan pula, Chaeyoung ibarat chameleon yang berubah mengikut persona yang ingin dibawakan. “Solekan terasa seperti menjadi karakter lain. Apabila ia selari dengan konsep, saya lebih mudah menghayati lagu dan rasa lebih yakin,” jelasnya.
Daripada penampilan glamor sewaktu era ‘Feel Special’ TWICE pada 2019, kepada aura lembut dan ethereal menerusi ‘More & More’ pada 2020, sehinggalah estetika whimsical berinspirasikan Lolita untuk projek solo ‘Lil Fantasy Vol. 1’, Chaeyoung sentiasa bereksperimen dengan identiti visualnya.

Sapukan rona gelap daripada Ever Icon Eye Palette dalam 02 Rose Goddess pada kelopak mata serta sepanjang garis bulu mata bawah. Isi waterline dan bahagian bawah mata dengan Sleek Kohl Glider dalam 02 Espresso Brown kemudian panjangkan sudut luar mata menggunakan Everink Liner dan lorekkan secara lembut untuk memberi definisi. Tambahkan sedikit Cherry Glaze Bar dalam 03 Cheeky Coral di bawah tulang pipi. Akhiri dengan Rose Dew Lip Bite dalam 05 Dreamy Rosewood pada bibir.
Dalam temu bual terdahulu, Chaeyoung pernah mengakui dirinya lebih cenderung kepada gincu berbanding produk solekan lain. Maka tidak hairanlah apabila penampilan kegemarannya daripada empat gaya ‘Fresh Look’ ciptaan DOLCE&GABBANA BEAUTY ialah solekan dengan bibir segar dan ranum serta rona lembut pada pipi.
“Saya hampir tidak memakai solekan mata dan hanya menggunakan pemerah pipi serta produk bibir. Ia terasa paling dekat dengan diri saya dalam kehidupan seharian,” katanya.
Menghidupkan semangat kempen ‘Fresh Look’, Chaeyoung memperagakan dua produk terbaharu DOLCE&GABBANA BEAUTY – Rose Dew Lip Bite dan Cherry Glaze Bar–24H Glow Blush Stick– yang menyerlahkan versatiliti serta aura muda yang dibawakan koleksi tersebut.
Rose Dew Lip Bite hadir dalam enam pilihan rona dan menawarkan formula tint yang melembapkan sambil mencipta efek bibir just-bitten. Diperkaya dengan ekstrak Italian Rose dan asid hyaluronik, formulanya membantu meningkatkan kelembapan sehingga 73 peratus sambil menjadikan bibir terasa lebih halus dan anjal. Kemasan sheer yang boleh dibina lapis demi lapis meninggalkan rona tahan lama dengan kilauan lembut yang natural, manakala aplikator berbentuk titisan air memudahkan sentuhan semula yang pantas dan tepat.

Gariskan waterline dengan Sleek Kohl Glider dalam rona 01 Total Black kemudian sapukan rona rosewood lembut daripada Ever Icon Eye Palette dalam 02 Rose Goddess secara tipis pada kelopak mata. Serlahkan bulu mata dengan Everfull XL Mascara. Sapukan Cherry Glaze Bar dalam rona 02 Smitten Pink dengan lebih generous pada pipi dan batang hidung untuk efek flushed yang segar. Lengkapkan solekan dengan Rose Dew Lip Bite dalam rona 02 Dainty Mauve bagi efek bibir merah jambu yang lembut berseri.
Untuk efek K-glass skin dan rona pipi yang tampak sihat berseri, Cherry Glaze Bar tampil dalam saiz kompak. Ditawarkan dalam lima rona, blusher ini mudah meresap ke kulit untuk menghasilkan efek flushed yang semula jadi dan boleh dipertingkatkan mengikut cita rasa. Formulanya turut diperkaya dengan minyak ceri Itali dan kolagen vegan yang membantu mengekalkan kelembapan kulit sambil menyokong skin barrier dan menyerlahkan kulit sehingga 24 jam. Lebih menarik, formulanya yang kalis air dan tahan peluh memastikan rona kekal sempurna sepanjang hari.

Kulit wajah yang sempurna sentiasa menjadi kanvas terbaik untuk menghasilkan solekan yang ideal. Bagi melengkapkan dua produk baharu ini, sediakan kulit menggunakan Bergamot Glow Primer. Diperkaya dengan asid hyaluronik, air laut dan bergamot Itali, ia bukan sahaja memperbaiki tekstur kulit, malah memberikan kelembapan yang menjadikan kulit tampak sihat, berseri dan sedia untuk solekan.
Seterusnya, Rose Glow Cushion memberikan lapisan solekan yang mencerahkan dan melembapkan kulit, sambil memudarkan ketidaksempurnaan untuk kemasan yang cantik. Formulanya yang inovatif turut mengandungi rosa canina Itali dan niacinamide yang bekerja secara sinergi untuk meningkatkan seri kulit sehingga 24 jam. Aplikasi juga tidak bersepah kerana sistem mesh berteknologi tinggi serta aplikator berbentuk titisan air yang memudahkan sapuan, menghasilkan kemasan yang lebih licin dan sekata.
Untuk kilauan tambahan pada bibir, lapiskan Oil Lip Plumpers bagi rona lembut berkilat yang serta-merta menjadikan bibir tampak lebih juicy. Diperkaya dengan vitamin E untuk pemulihan, setiap daripada tiga varian ini turut dilengkapi bahan tambahan bagi penjagaan bibir yang lebih menyeluruh.
Mint Oil Lip Plumper memberikan efek sejuk dan volum dengan ekstrak pudina; Orange Oil Lip Plumper menutrisi dengan ekstrak oren; Watermelon Oil Lip Plumper meningkatkan hidrasi dengan ekstrak tembikai; manakala Coffee Oil Lip Plumper melembutkan bibir dengan ekstrak kopi.

Bingkaikan garis bawah mata menggunakan rona perak daripada Ever Icon Eye Palette dalam 03 Chrome Star kemudian sapukan shimmer cerah pada bahagian bawah mata. Isi kedua-dua garis waterline atas dan bawah dengan Sleek Kohl Glider rona 01 Total Black, sebelum memanjangkan bentuk mata dengan wing liner menggunakan Ever Ink Liner. Akhiri solekan dengan Rose Dew Lip Bite rona 06 Quirky Mocha pada bibir untuk efek high-shine.
Meraikan kebebasan kreatif serta kuasa solekan sebagai bahasa peribadi yang autentik, ‘Fresh Look’ oleh DOLCE&GABBANA BEAUTY memperlihatkan bagaimana muzik berpadu dengan fesyen dan kecantikan. Jadi, adakah Chaeyoung melihat persamaan antara dirinya dan jenama kecantikan yang mengutamakan keberanian serta kebebasan?
“Saya rasa kami sangat serupa. Dalam 150 peratus,” katanya sambil ketawa.
Pengarah: BIN
Fortografi: MOK JUNGWOOK
Pengarang Kecantikan: CATHRYN
Pengarang Fesyen: CHOI YEJI
Pembantu Penataan Gaya: KAIA
Solekan: CHOI MINSEOK
Dandanant: OH JIHYE
Rias kuku: KIM SEOUL
