Langgan

Ulasan Filem: Weapons

So we have the best thriller this year.
2 minit untuk membaca
Published: August 11, 2025
Julia Garner menerajui filem "Weapons"

Ketika Zach Cregger menzahirkan "Barbarian" pada tahun 2022 dia membuka mata penggemar filem horror akan kemampuannya menghasilkan sebuah lakon layar filem seram / psikologi yang datang dengan idea segar dan original. Dan tahun ini ketika "Weapons" diumumkan, ia mengundang keterujaan berterusan.

Heboh di TikTok sehingga Twitter semua bersetuju jika "Barbarian" sudah dimaktubkan sebagai filem seram terbaik era baru dan Zach Cregger dikatakan kini memiliki kredibiliti seiring Michael Pele dalam menjadi pelapis filem seram.

"Weapons" bergerak dalam landskap seram dan psycho thriller yang memiliki satu struktur penceritaan yang kompleks. Biar sudah daripada awal penonton diberi bayangan cerita ia tentang apa namun tiada siapa yang mampu mengagak apa yang akan terjadi di hujung cerita.

Cary Christopher menggalas watak Alex yang penuh tanda tanya.

"Weapons" Sebenar Ada Pada...

Perwatakan yang dibentuk di filem ini benar-benar diceritakan sebaiknya. Cregger tidak membuang masa dengan adegan yang kosong tak terisi atau watak yang sekadar mengisi cerita yang ditulis. Filem ini memiliki substance pada sudut penceritaan yang kemas.

Plot awal disusun dengan narrator yang bercerita apa yang terjadi pada murid-murid kelas guru Justine Gandy yang tiba-tiba hilang di satu malam tanpa diketahui atau mampu dijejaki. Bermula daripada situ Justine menjadi suspek utama kesemua ibu bapa dan dia direhatkan daripada mengajar.

Namun hal ini tidak menghentikan Justine untuk mencari jawapan pada persoalan yang ada. Dia tahu ada hal yang tidak kena dengan keberadaan Alex salah satu pelajar yang tidak hilang dalam insiden tersebut.

Dimensi filem ini bergerak semakin penuh tanda tanya di tengah filem dengan perkaitan cerita pada watak Archer Graff (Bapa salah seorang pelajar), Paul Morgan (Polis) dan James (Penagih dadah). Namun ketiga-tiga mereka bukanlah punca pada kecelaruan berlaku...

Amy Madigan sebagai Gladys Lilly

... Sehingga muncul satu lagi watak yang tidak diperkenalkan pada awal cerita yang menjawab semua persoalan yang terjadi di filem ini. Amy Madigan membawakan watak Gladys Lilly atay Aunt Gladys datang dengan agenda. Meneruskan hayat hidupnya dengan ilmu hitam

Di sini penonton diberi penjelasan yang cukup terang tentang apa yang berlaku, mengapa ia berlaku dan apa yang bakal berlaku. Cregger menyusun plot cerita dengan cukup kemas dan tidak terburu-buru. kesemuanya bergerak dengan penuh debaran dan tanda tanya.

Di hujung cerita kesemuanya dijawab dengan sempurna dan memuaskan. "Weapons" selayaknya diletakkan sebagai salah satu filem seram terbaik tahun ini. Not just the vibes tetapi datang dengan pengisian dan pendekatan yang cukup kreatif dan tersusun.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down