Langgan

Sekitar Majlis Promosi Siri ELLE di Sydney

Musim baru siri berfenomena kembali.
2 minit untuk membaca
Published: July 14, 2026
Lexi Minetree sebagai Elle Woods

 

 

Januari lalu, perkhabaran Prime Video memperbaharui siri prekuel 'Legally Blonde' yang menyoroti kehidupan Elle Woods ketika di bangku sekolah menengah mengundang keterujaan. Fasa peralihan penting karakter ini dalam pencarian diri sebelum meloloskan dirinya ke Harvard Law School menjadi fokus cerita.

Keyakinan studio itu ternyata membuahkan hasil. Amazon melaporkan bahawa ELLE menjadi siri yang paling banyak ditonton pada minggu pertama tayangannya di Prime Video. Berbekal lapan episod keseluruhannya untuk musim pertama ini, siri ini membawa penonton kembali ke tahun 1995 dengan penuh nostalgia.

Cerita bergerak dengan perkhabaran keluarga Elle yang harus berpindah ke Seattle berikutan kesilapan yang dilakukan oleh bapanya yang juga seorang Pakar Bedah Plastik. Kesukaran awal membiasakan diri dengan persekitaran menjadi wadah cerita. Perbezaan kecenderungan dan pemikiran menyukarkan perjalanan Elle Woods menjalani kehidupan sehariannya di sekolah yang baru.

Sama seperti hari-hari awalnya di Harvard, watak yang sentiasa ceria dan gemar mengenakan pakaian berwarna merah jambu berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri. Kali ini dengan kelompok remaja di Pacific Northwest yang begitu taksub dengan budaya grunge.

Lapan episod dalam musim pertama, setiap episod diambil daripada dialog ikonik filem "Legally Blonde" (2001) lakonan Reese Witherspoon, termasuk "Whoever Said Orange Is The New Pink Was Seriously Disturbed" — mengikuti perjalanan Elle mengharungi persahabatan baharu dan kisah cintanya, sambil membongkar satu konspirasi melibatkan penyelewengan dana sekolah.

 

Majlis Promosi ELLE di Sydney

Berlangsung di Jimmy’s Rooftop, Sydney, satu majlis pool party diadakan bersama bintang utamanya, Lexi Minetree diadakan yang sekali gus menjadi destinasi terakhir promosi jelajah rancangan ini. Bertemakan 90-an dan merah jambu, kesemua tetamu menyerlah dalam rona pink.

25 tahun selepas penonton pertama kali mengenali Elle Woods menerusi filem Legally Blonde, siri ini membuka lembaran baru francais popular itu dengan menyingkap memori pada watak ikonik tersebut. Antara tetamu yang hadir ialah Tanya Hennessy, Fashion Critical, Adele Petropoulos, Mitch Greer, Lucia Field dan Jeremy Franco.

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down