Langgan

Ulasan Filem: 'Together'

Aneh dan tiada logika namun masih worth to watch.
2 minit untuk membaca
Published: August 1, 2025
Together kini di pawagam seluruh Malaysia.

NEON rumah perfileman yang sebelum ini membawakan naskhah-naskhah besar seperti 'Parasite' dan "Anora" meneruskan langkah dalam penghasilan filem mereka. Kali ini dengan ilham body horror menerusi filem arahan Michael Shanks berjudul 'Together'.

Hadir dalam premis seram dan psikologi - filem ini membawa kisah sepasang kekasih, Tim dan Milly yang di tengah konflik perhubungan mencari titik tengah dalam menyemarakkan percintaan. Hal ini membawa mereka ke sebuah countryside bagi sebuah kehidupan baru.

Malangnya tragedi demi tragedi terjadi dengan hal-hal yang tidak diduga membawa mereka ke lembah supernatural, sebuah cult dan misteri lama yang tersimpan. 'Together' membawa penonton dengan banyak hal yang di luar duga tetapi masih menghiburkan.

Alison Brie dan Dave Franco membawakan watak utama filem ini.

Body Horror 'Together'

Ada hal yang baik dan juga tidak dalam filem ini. Apa yang menarik adalah cara Shanks mengolah ilham sedia ada dalam filem-filem body horror menciptakan sesuatu yang baru dan penuh kejutan. Sebagai penonton saya nasihatkan anda bersedia dengan adegan jump scare yang tak diduga datangnya.

Seram dalam 'Together' membawa satu ilham yang lebih menarik. Babak dalam gaung dengan keanehan yang membawa kedua-dua watak utama filem ini ke lembah tragedi menjadi permulaan yang baik sehingga ke hujung cerita.

Hal-hal aneh yang mampu 'dilihat' Tim menjadi prasangka bagi Milly menjadikan perhubungan mereka semakin keruh. Namun setelah Milly turut dirasuk hal serupa, pasangan ini nyata harus memilih jalan terbaik untuk mereka tidak lagi dihantui kerasukan.

Di sini bermulalah satu per satu kejadian dan jawapan pada persoalan. Cara filem ini dihasilkan tidak terlalu rumit dan kadang saya sebagai penonton agak kritikal, berharap ia menjadi sedikit kompleks seperti "Longlegs" yang saya letakkan sebagai filem seram terbaik tahun lalu.

Apa yang ditawarkan dalam filem ini tidak hanya jump scare dan cult tetapi ia berlegar pada penceritaan yang tepat. Banyak hal di filem ini sudah kita boleh jangkakan antaranya siapa dalang di sebalik hal-hal aneh yang terjadi. Namun 'Together' memberi cukup banyak kejutan di hujung filem yang tidak terduga. Aneh dan tiada logika namun masih worth to watch.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down