Langgan

Galaxy Unpacked 2025: Rintisan Samsung Dalam Teknologi AI

Semua yang anda wajib tahu tentang keluaran Samsung Galaxy Z baharu!
2 minit untuk membaca
Published: July 15, 2025

Apa ciri-ciri yang anda cari ketika melihat telefon pintar? Ringan, progresif, reka bentuk yang sleek?Samsung menjangkakan kesemua ciri ini dengan keluaran baharu Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7. Mari lihatkan top picks daripada ELLE tentang fungsi kedua-duanya!

1. Reka bentuk sleek

Samsung melangsungkan dan menaik taraf siri reka bentuk telefon berlipatnya yang bagaikan upgraded y2k. Saiz telefon menjadi lebih padat, nipis dan kecil​​. Anda juga tidak perlu menggunakan phone stand tatkala mengambil selfie atau meletakkan telefon diatas meja, gunakan sahaja flexmode. Ia bagaikan sejajar dengan kata-kata Albert Einstein, “If you want to know the future, look at the past”. ELLE cukup taksub!

2. Galaxy AI

Penyatuan AI dalam telefon pintar bagaikan pembantu peribadi yang meningkatkan produktiviti. AI di dalam telefon Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 membantu anda tatkala melayari internet, menulis dan melukis. Juga terdapat Gemini Live, iaitu AI multimodal untuk jawapan secara live melalui suara, skrin atau kamera. Ia bagaikan compact AI di dalam genggaman anda, menjadikannya telefon terpintar.

3. Naiktaraf kamera

Gambar ultra terperinci dan ultra jelas. Itulah visi Samsung ketika menerbitkan kamera 200MP bersudut lebar. Tak terhenti disitu, video mod malam juga dinaiktaraf dengan teknologi 10-bit HDR. Penggunaan AI dalam kamera membantu penyuntingan gambar secara cekap dan hanya dalam sekelip mata.

Samsung Galaxy Z Fold7

4. Privasi top-notch

Di dalam dunia penuh digital, keselamatan pengguna perlu menjadi prioriti. Disinilah Samsung memperkenalkan Samsung Knox, dimana teknologi Knox Enhanced Encrypted Protection atau KEEP melindungi maklumat-maklumat kritikal di dalam telefon anda.

Review keseluruhan

Dengan membuat recap ini sahaja, ELLE sudah terpengaruh dengan keluaran terbaru Samsung ini! Kami gemar dengan cara Samsung mengaplikasikan AI dalam memudahkan lagi telefon pintar bagi kegunaan harian. Pengguna boleh membuat pre-order bagi siri Galaxy Z baharu bermula kini sehingga 31 Julai dan tarikh keluarannya bermula dari 1 Ogos. Harga bermula daripada RM7,799 bagi Galaxy Z Fold7 dan RM4,999 bagi Galaxy Z Flip7.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down