Drama Korea terbaru Head Over Heels telah ditayangkan di Prime Video, menampilkan kisah fantasi-romantis tentang Park Sung-Ah (Cho Yi Hun), seorang pelajar sekolah menengah dan dukun muda, yang berusaha menyelamatkan cinta pertamanya, Bae Gyeon-oo (Choo Young Woo), daripada takdir malang. Ketahui mengapa drama ini wajib ada dalam senarai tontonan anda hari ini!
Kisah Yang Luar Biasa
Head Over Heels menampilkan kelainan dengan watak utama Sung-Ah, seorang dukun muda Generasi Z. Dia hidup sebagai pelajar biasa pada siang hari, tetapi menjalankan tugas sebagai dukun pada waktu malam. Drama ini menyuntik elemen korean shamanism yang jarang dipaparkan dalam drama moden.

Selain itu, Cho Yi-hyun, pelakon watak Sung-Ah, turut belajar ritual sebenar demi menjayakan lakonannya. Ini menjadikan drama ini bukan sekadar kisah cinta, malah penuh dengan elemen spiritual dan cabaran hidup dua alam seorang remaja.
Pelakon Muda yang Semakin Popular
Siri ini menampilkan pelakon muda Korea yang sedang meningkat naik, termasuk Cho Yi-hyun yang terkenal dengan drama ‘Hospital Playlist’ dan ‘All of Us Are Dead’, Choo Young-woo yang bersinar selepas menang Pelakon Baru Terbaik Baeksang melalui ‘The Tale of Lady Ok’, serta Cha Kang-Yoon yang mula mencuri perhatian sejak 2024. Gabungan bakat mereka pastinya menjadi tarikan utama penonton.

Gabungan Seram dan Aksi Mendebarkan
Selain kisah cinta, Head Over Heels menawarkan elemen mendebarkan dengan kehadiran roh-roh jahat yang cuba mengganggu hidup Gyeon-oo. Sung-Ah terpaksa berdepan pelbagai cabaran mistik untuk menyelamatkan orang yang dicintainya. Drama ini memang mempunyai unsur seram tetapi lebih ke arah seram yang lucu dan menyeronokkan, bukan menakutkan semata-mata.

Keserasian Hebat Pelakon Utama
Salah satu sebab peminat teruja menonton Head Over Heels ialah kerana gandingan semula Cho Yi-hyun dan Choo Young-woo yang pernah berlakon bersama dalam ‘School 2021’. Kali ini, mereka berdua terlibat sepenuhnya dalam kisah cinta. Cho Yi-hyun pula kerja mereka lebih mudah kerana sudah saling mengenali, menjanjikan babak romantis yang lebih mendalam.

Kisah Cinta Pertama yang Penuh Emosi
Pada asalnya, Head Over Heels mengisahkan debaran, kesedihan dan keindahan cinta pertama antara Sung-Ah dan Gyeon-oo, serta cinta tiga segi melibatkan Ji-ho yang mula sedar perasaannya sendiri selepas melihat pengorbanan Sung-Ah. Pengarah Kim Yong-wan menggambarkan babak cinta muda mereka sebagai tulus dan penuh momen indah, manakala Choo Ja-hyun menekankan drama ini bukan sekadar kisah cinta manis, tetapi turut penuh dengan emosi yang mendalam dan meninggalkan kesan kepada penonton.
