Penyanyi dan penulis lagu berbakat besar tanah air, Aisha Retno, bersedia untuk mencipta satu lagi momen gemilang dalam kerjaya muziknya menerusi showcase solo yang dinanti-nantikan, ‘The A.I.S.H.A Experience’. Showcase eksklusif ini bakal berlangsung pada hari Sabtu, 20 September 2025 bertempat di Jio Space, Petaling Jaya.

Sinar Baru Dalam Perjalanan Seni
Vokal penuh emosi dan lirik mendalam menjadikan Aisha Retno antara nama terkuat dalam muzik Malaysia dan serantau. Selepas kejayaannya di Java Jazz Festival, Aisha meraih tempat kedua di AJL ke-38. Beliau turut membawa pulang anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu ciptaannya sendiri, ‘Sutera’.

Showcase Ekslusif Daripada Aisha Retno
Berita gembira mengenai konsert ini telah diumumkan secara rasmi dalam sidang media yang berlangsung di Hyatt Centric, Kuala Lumpur. Dalam acara tersebut, Aisha turut mempersembahkan petikan beberapa lagu popularnya seperti Tak Adil, Jeda, Orbit, Missing Piece (Lengkapilah Kita) dan Titik Temu. Persembahan ini memberi gambaran awal kepada peminat tentang pengalaman yang bakal menanti mereka.

Aisha kini mengorak langkah lebih jauh dengan kematangan artistik yang ketara. Album terbarunya dijangka dilancarkan tahun ini, menampilkan gabungan pop, R&B, elemen goth-rock dan soul. Setiap genre disatukan dengan penuh penceritaan. Lagu seperti Terbang dan Tak Adil pula membuka tirai era baru muzik Aisha yang lebih berani dan ekspresif.
Persembahan yang Dinanti-natikan
Ketua Pegawai Eksekutif LOL ASIA, Rizal Kamal turut menyuarakan keyakinannya terhadap Aisha, menyatakan, “Aisha Retno adalah salah satu bintang paling bersinar di Malaysia. Kami di LOL ASIA amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada evolusi seni Aisha yang semakin mengagumkan.”
Tiket akan mula dijual secara dalam talian pada 31 Julai 2025 jam 12 tengah hari melalui laman web 98toto rasmi LOL Asia


