Langgan

POPSTAR! - Halaman Fesyen Bulan Julai, Pengaruh Gaya Bintang Pop

Pengaruh Britney, atau Ariana? Ilham gaya Popstar bulan ini!
2 minit untuk membaca
Published: July 9, 2025

Time to show some skin! Beragam kontra seorang Popstar. Ekspresi. Nyalaan tenaga. Sinergi antara irama, lagu dan ligat berpadu, tanda repertoir sang idola pop. Ilustrasi siluet eksplisit bernada seorang bintang yang memestakan dunia muzik.

Bersama Lil Bidadari, 'meligatkan' aksinya memimik gaya seorang bintang pop dengan susunan gaya yang edgy, loud dan agresif!

popstar

SUDAH BERSEDIA?
Pertembungan sifat yang tiada kesamaan – feminin, dengan permukaan kasar dan helaian yang keras. Namun kelihatan cohesive bila digayakan bersama. 

Dress daripada ALLSAINTS. Jean daripada GUESS. Baju dalam daripada DIKSON MAH. Kaca mata daripada GENTLE MONSTER. Sarung tangan milik penata gaya.

popstar

KEINGINAN SI GADIS
Nakal. Gaya yang seakan-akan memperdaya kita, kurasi antara rona terang dan aksesori unik.

Kemeja polo daripada DOLCE & GABBANA. Bingkai kaca mata daripada GENTLE MONSTER.

popstar

MELAWAN ALUNAN MUZIK
Ubah gaya untuk tampil maskulin. Garapan yang menarik perhatian, bukan sahaja menandai pemerkasaan malah mencerminkan kebebasan.

Blazer, weskot dan seluar daripada GUESS. Kasut tumit tinggi daripada STEVE MADDEN

popstar

WANITA BERBAHAYA
Logomania dan perpaduannya dengan corak organik yang padat menterjemahkan semangatnya yang agresif perkasakan gayanya.

Jaket dan seluar pendek daripada LOUIS VUITTON

popstar

ROMANSA PARAH
Palet rona romantik dan lembut dalam interpretasi ‘garang’. Melambangkan wanita yang tidak berketakutan untuk menukar paradigma.

Topi, jiperak, selua jean dan kasut kesemuanya daripada LONGCHAMP

IT’S OK I’M OK
Simbol mewah dan elegan dalam satu bancuhan. Emas dan hitam melambangkan kuasa yang bertentangan, namun saling melengkapi.

Blaus daripada ISSEY MIYAKE.Gelang tangan dan cincin daripada TIFFANY & CO.

PUSH 2 START
Melangkah penuh yakin, selesa dengan diri! Tiada halangan untuk mempamerkan kelincahan tubuh.

Overall daripada CARHARTT. Baju tube, hiasan kepala, tali pinggang rantai dan kasut but milik penata gaya.

360
Ilham gaya dieselfunk yang sinonim dengan imej bintang pop wanita. Mantafsirkan futuristik dalam olahan retro dan sedikit siberpunk. 

Baju dan skirt daripada GHOSTBOY. Coker, rantai pinggang dan kasut but milik penata gaya.

Kemasyhuran Adalah Senjata
Pola manipulasi diumpamakan sebagai emosi pemakaian. Keunikannya pula adalah mencitrakan kewanitaan moden.

Dress dan stoking kesemuanya daripada MIU MIU

YOU DRIVE ME CRAZY
Lantai menyerap tenaga, lalu berdansa ‘deras’! Mimik gaya bintang pop dengan imej ekstrem gabungan ceraian yang saling bertentangan bentuknya. 

Jaket dan kemeja polo kait daripada COACH. Skirt bubble daripada CLUB 21 Malaysia – GANNI. Cincin, stoking sendat dan kasut but milik penata gaya.

MORE THAN A WOMAN
Imbangan gaya antara sultry dan tomboi. Tanda keberanian si wanita pop yang yakin dengan identitinya.

Bra dan seluar daripada DIKSON MAH. Kasut but dan stoking sendat milik penata gaya.

SHUT UP AND DRIVE
Konsep layering kontra menggambarkan kecirian wanita unbothered. Tak acuh tampil di luar kelaziman.

Kardigan daripada ALLSAINTS. Kemeja dan skirt daripada KENZO. Rantai dan gelang tangan daripada TIFFANY & CO. Tali pinggang vintaj milik penata gaya.

Penataan gaya : Ardi Idewani | Arahan seni : Iera Nadzlim | Pembantu penataan gaya : Muzammin Muzlan dan Athirah Zahra  | Fotografi : Aun Chua | Pembantu fotografi : Azwan dan Joseph | Solekan : Sahir Sabri | Dandanan : Okay Liow | Model : Lil Bidadari (TheModelsLab KL)

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down