Langgan

Senarai Baca Musim Panas Tahun Ini

Semak senarai baca yang wajib anda catch-up this season.
2 minit untuk membaca
Published: July 9, 2025

Musim panas sentiasa menjadi tumpuan Booktokers mengendeng ke mana-mana the most talk about books. Ini masanya untuk berpergian dan larut dalam cereka yang ditulis sang pencerita. Semak senarai baca yang wajib anda catch-up this season.

THE STALKER Paula Bomer

Robert Doughten Savile atau dikenali sebagai Doughty merupakan anak kepada sebuah keluarga dari Darien, Connecticut yang dahulunya kaya tetapi kini hidup dalam kesempitan. Sentiasa hidup dalam delusi, Doughty yakin dengan kehebatan dan status dirinya sendiri. Mengambil latar 90-an di New York - novel ini ibarat American Psycho dan Talented Mr. Ripley.

Ordinary Love Marie Rutkoski

Senarai baca tahun ini harus dilengkapkan dengan novel terbaru Marier Rutkoski ini. Membawa persoalan krisis identiti watak utamanya Gen yang kembali menemukan cinta lamanya disaat pergolakan dalam rumah tangga. Kecelaruan ini harus membuat Gen berandai dengan masa depan yang harus dia pilih.

Disappoint Me Nicola Dinan

Kecewa dengan kehidupannya yang serba tidak kena membawa Max bertemu dengan Vincent seorang lelaki konservatif. Pertemuan ini membawa Max meneroka satu definisi lain tentang kehidupan yang membuka fikiran dan perspektif hidup yang normal. Nicola meneroka idea kehidupan dalam sisi berbeza.

THE NAMES Florence Knapp

Mengangkat tema pergolakan diri dan jati diri kekeluargaan dengan kisah hitam yang menghantui watak utamanya, Cora. Berjalan atas naratif yang menyatu daripada tiga garis waktu berbeza dengan permainan emosi dan persoalan pada perwatakan menjadikan The Names antara yang hangat diperkatakan.

THE EMPEROR OF GLADNESS Ocean Vuong

Tanpa perlu pengenalan, Ocean Vuong antara penulis muda yang sentiasa dinantikan penghasilan karya-karya barunya. Dikenali dengan penulisan yang puitis dan mengangkat tema kasih sayang, persahabatan dan kekeluargaan - Vuong meneruskan eksplorasi idea serupa menerusi The Emperor of Gladness.

MY FRIENDS Fredrick Backman

Menceritakan kisah empat remaja yang menjalin ikatanpersahabatan sepanjan musim panas yang akhirnya menjadi inspirasi kepada sebuah lukisan terkenal. Naratifnya berselang-seli antara kisah mereka 25 tahun yang lalu dan masa kini, di mana seorang gadis berusia 18 tahun bernama Louisa menemui lukisan itu dan berusaha memahami asal usulnya serta siapa individu-individu yang digambarkan di dalamnya. Novel ini mengupas tema persahabatan, kehilangan, trauma, cinta, seni, dan perhubungan yang rumit.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down