Gucci memperkenalkan kempen baharu yang didedikasikan kepada GG Monogram yang dibintangi oleh Emily Ratajkowski.

Dibingkai oleh pancaran cahaya sepanjang hari di Cannes, Gucci memperkenalkan kempen baharu yang didedikasikan untuk GG Monogram. Obsesi Emily Ratajkowski terhadap monogram ikonik Gucci dalam siri momen terpilih, dari perhentian di sudut-sudut kota hingga cahaya senja di sepanjang promenade.
Dirakamkan oleh Daniel Arnold, kempen ini mempersembahkan keseimbangan antara kehadiran dan ketenangan, pergerakan dan juga keheningan. Ketika sang protagonis menyelursuri gerakan di antara kesesakan kota dan ketenangan pantai yang bebas. Perjalanan mereka diiringi oleh satu elemen konstan, iaitu Monogram GG daripada Gucci.
Digayakan pada pelbagai rekaan, dari beg tangan baharu hingga siluet kembara yang diinspirasi oleh arkib. Koleksi Gucci Savoy menandakan detik permulaan rumah fesyen ini dalam dunia bagasi. Lantas, motif ini menjadi peneman yang halus, melalui kehadiran yang ikonik dalam kehidupan seharian.
Penghormatan Warisan Gucci Giglio

Pusat kepada naratif ini adalah koleksi beg tangan Gucci Giglio yang baru. Dilancarkan ketika pementasan Cruise 2026 di Florence, Gucci Giglio memberi penghormatan kepada warisan jenama. Ia meraikan Giglio, simbol bunga lili yang sinonim dengan bandar itu sejak zaman pertengahan.
Debut di Gucci Archive yang sarat sejarah, rekaan ini mencerminkan lebih satu abad kepakaran artisanal, inovasi, dan rekaan ekspresif. Lalu menggabungkan kod arkib dan teknik warisan dengan kemahiran kraf moden.
Kempen ini juga memperkenalkan jilid baharu kepada koleksi Ophidia. Diinspirasikan oleh siluet beg tangan dan aksesori dari akhir 1970-an, rekaan baharu Ophidia menampilkan kanvas GG Monogram lembut, lapisan kapas hijau serta logo Double G. Juga logam emas muda yang digilap, bersama jalur Web yang menjadi sentuhan ikonik setiap siluet. Sorotan kempen ini adalah beg tangan Mini GG, rekaan baharu yang boleh dipesan secara dalam talian dan di butik. Ia membayangkan semula gaya duffle ikonik jenama ini dalam bentuk yang lebih kompak.
Berasaskan warisan ciptaan valigeria Guccio Gucci yang asal, GG Monogram sekali lagi muncul sebagai lebih daripada sekadar reka bentuk – ia adalah kod yang hidup. Tanda visual yang menyesuaikan diri, berkembang, dan bertahan merentas masa dan musim. Lebih daripada sekadar kempen, ini adalah kajian identiti – obsesi terhadap GG.